Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
Showing posts with label Rohani. Show all posts
Showing posts with label Rohani. Show all posts
November 22, 2013

Mari Memberi dan Membagi

http://fav.me/d6q80g4

Makan banyak cam 1 lori
Pakai seluar sampai dah tak muat
Marilah kita selalu MEMBERI
Supaya ia menjadi MANFAAT

Kalau kita mahu diri kita dicintai oleh seseorang, makwe (tak yah ade lg bgus OK) ke bakal mak bapa mertua (bagi muke sikit) ke kan, kita perlulah banyak MEMBERI.

Kalau kita mahukan diri ini dipandang, dihormati, disanjungi dll (bukan untuk kerek), kita perlulah jadi orang yang berMANFAAT.

(gambar dari google)

Menjadi tangan yang memberi dan membagi itu lebih di sayangi, lebih dicintai. Kalau kita ada duit lebih dalam poket, sedekahkan lah kepada orang yang perlu/ meminta macam pengamen bermain alat musik, menari, tepuk tangan, main monyet dll. Kalau pendapatan kita melebihi dari keperluan keluarga, rumah, belajar dll, sampai rumah kita tak muat nak letak perabot lagi, sampai buku-buku dah berhabuk letak kat almari, sampai makanan kat rumah selalu tak habis; lebih baiklah kita sedekahkan kepada orang yang memerlukan macam orang miskin tak ade buku nak belajar, kawasan yang terjadi malapetaka atau perang macam Palestin Syria Kemboja Filipina, dll.

Malah dalam ibadah seperti haji. Salah satu syarat untuk haji adalah mampu. sekiranya ada dikalangan keluarganya mahupun jiran tetangganya dalam kekurangan sehingga kebuluran atau daif sesangat, lebih baik kita memberi kepada mereka terlebih dahulu harta kita untuk membantu. Kerana dalam syarat mampu itu termasuk jugak orang yang kita tinggalkan.

Baginilah agama Islam ajar. Bukan syok sendiri saje. Kita bukan hidup sendiri, bukan dalam satu kelompok, tapi meluas sampai ke seluruh alam.

Sedaya upaya lah kita MEMBERI MANFAAT.

(^n^)/









October 14, 2013

Didik hawa nafsu

Krik krik
Krik krikk
Dah bersawang dah belog ni.
Nak kemas sikit lah.
Sikit je, bersihkan sawang je.
Labah labah biar hidup.

Sumber dari maksiat, nafsu berahi, dan kelalaian adalah keenangan pada hawa nafsu. Sedangkan sumber dari ketaatan, keterjagaan, dan pengekangan diri dari hal yang hina adalah membenci hawa nafsu.

Bagimu berteman dengan orang bodoh yang membenci hawa nafsunya lebih baik daripada berteman dengan orang pandai yang menyukai hawa nafsunya. Ilmu macam apakah yang dimiliki oleh orang alim yang menyukai hawa nafsunya, atau kebodohan apakah yang dimiliki oleh orang bodoh yang membenci hawa nafusnya.

Sumber perilaku yang tercela ada tiga.
1. condong kepada hawa nafsu
2. takut kepada manusia
3. cinta dunia

Condong kepada hawa nafus menimbulkan nafsu syahwat, kelalaian dan maksiat.
Takut kepada manusia menimbulkan sifat pemarah, dendam dan hasad.
Cinta dunia melahirkan penyakit, sifat tamak dan bakhil.

Sementara itu tekun melaksanakan sumber perilaku yang terpuji dapat menghapus dan memusnahkan semua hal tersebut, yaitu membenci hawa hawa nafsu dalam segala hal dan menghindarinya setiap waktu.


April 23, 2013

Petunjuk



Hidayah

Petunjuk

Bimbingan

Lihatlah sekeliling
atas, bawah, kiri, kanan
insyaAllah pasti ada cahaya yang menunjuk jalan
tidak sekarang, mungkin nanti

“hai orang orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” 
(QS ali Imran: 200)

Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan itu ada bersama dengan kesabaran, jalan keluar itu ada bersama dengan kesulitan, dan bersama kesulitan itu ada kemudahan 
(shahih)


(^o^)/

sekian. wallahu'alam

April 17, 2013

Hidup

Hidup bermula bersama orang sekitar kita


Di Bumi yang terpapar yang di cipta oleh Tuham Yang Maha Pencipta, Maha Agung, kita pinjam untuk duduki atau tinggal buat sementara sebelum ke alam yang kekal. Kita hidup bukan seorang diri, kita hidup beramai-ramai, dengan pelbagai kaum, ras, warna, pelbagai juga ragamnya.

Untuk mendirikan sebuah kejayaan dalam apa-apa pun, kita perlukan orang lain, kita perlukan ibu bapa, adik beradik, sedara mara,jiran-jiran, kawan-kawan maupun orang jalanan.

Tetapi

Janganlah engkau terlalu mengharap, nanti engkau kan kecewa, jika tidak mencapai apa yang diharapkan

Janganlah engkau berprasangka buruk, nanti mungkin benar benar berlaku, kerana setiap perkataan itu doa

Janganlah engkau berhasad dengki, nanti ada yang terluka, menyebabkan simpan dendam dalam hati

Janganlah engkau mencaci maki, nanti simpan dalam hati, hingga bawa sampai mati

Janganlah engkau beremosi tinggi, nanti banyak yang jauhi diri, hiduplah engkau seorang diri

Fikirlah

Kita hidup berkelompok, pastinya akan ada perselisihan, kesalahan, permasalahan, atau konflik

Jadi

Jadilah seorang yang pro aktif, lakukan sebelum mahu yang lain lakukan, nanti insyaAllah akan di ikuti

Jadilah seorang yang berprasangka baik, berfikir positif ada baiknya, sebab tidak tahu apa yang berlaku 
sebenarnya

Jadilah seorang yang murah hati, nanti ada yang senang, menyebabkan kita dibantu orang

Jadilah seorang yang sopan santun, bicara lemah lembut, buat teladan bagi generasi yang mendatang

Jadilah seorang yang penyabar, sabar itu tiada had nya, sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar

Hidup

Hidup bukan sendiri, berjaya bukan dengan sendiri
Berdiri berjalan, bukan belajar sendiri
Melainkan ada yang mengajari
Sampai bisa hidup berdikari



(^=^)
January 21, 2013

Baik je selalu


Mulakan dengan basmallah,
Usaha lakukan apa yang direncanakan,
Apa yang terjadi, InsyaAllah,
Segalanya ada kebaikan

Selalu fikir positif, bila berlaku ujian mahupun musibah, SABAR N POSITIF!!


Bagi orang yang beriman semua kejadian baik baginya

Rasulullah SAW bersabda : "Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, karena segala perkaranya adalah baik. Dan ini tak terjadi kecuali bagi seorang mu'min
Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur maka hal itu baik baginya. 
Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar maka hal itu baik baginya."
(HR. Muslim)

Senyum sampai maksimum :))))))))))

December 20, 2012

Persoalan kenapa


Persoalan kenapa

Banyak kenapa ditanyakan…
Kenapa gelap je ni pagi pagi ni?
Kenapa panas malam malam ni?
Kenapa takda orang yang tolong aku?
Kenapa takda makan malam?lapo dah ni
Akhirnya ada yang Tanya..Kenapa Allah telat bantu aku?

Persoalannya, kenapa tak soal kenapa kat diri sendiri

Gelap pagi pagi…kenapa kau tak bukak langsir tu? Kalau bangun pagi, bukak langsir, cahaya masuk, teranglah pagi pagi

Malam panas..kenapa ko tak pasang kipas ke aircond ke?kalau dari pagi sampai petang beraktivitas, kenapa kau tak mandi dulu biar segar.

Takda orang tolong..cuba kau piker kau pernah tolong orang ke tak, kenapa aku tak tolong orang kalau dorang dalam susah?

Lastnye, Allah telat bantu…cek diri kau dalam perintah Nya, kau solat awal ke akhir waktu,  kau puasa cukup ke tak, kau bagi sedekah or zakat banyak ke tak,kau ingat Allah time senang ke tak, kau ada langgar perintah ke tak…persoalannya kenapa perintah Allah aku sambil lewa berleha leha je?

Tanya diri

Persoal lah diri kau dulu dalam perkara/hal/kejadian yang kau kurang senang.

Mungkin ia sebagai ujian buat kau atau sebagai musibah buat kau.

Muhasabah diri.

pandang jauh, fikirkan, ingatkan

November 25, 2012

Adakah Komunikasi Itu Sudah Benar?

Komunikasi.

Bila sebut komunikasi, kita terbayang handphone, calling, facebook, masscomm, dan yang sepatutnya.
Tapi, tahukah anda, apa sebenarnya komunikasi?

(from Latin "communis", meaning to share) is the activity of conveying information through the exchange of thoughts, messages, or information, as by speech, visuals, signals, writing, or behavior.
The communication process is complete once the receiver has understood the message of the sender.
Senang ceritanya, komunikasi adalah bagaimana mahu menyampaikan sesuatu. Biasanya informasilah. Kan? Komunikasi jadi lengkap bila orang yang kita komunikasikan itu mengerti apa yang disampaikan dan berubah mengikut informasi itu.



Contoh, seorang guru menyuruh muridnya mengutip sampah. "Hamdan, tolong kutip sampah yang kamu buang merata tadi". Hamdan mengerti arahan dan mengutip sampah.

Dakwah.

Menyeru kepada kebaikan.

Menyeru adalah satu tindakan komunikasi. Dakwah itu satu bentuk komunikasi yang mengubah penerimanya melakukan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, mencari redha Allah, mengEsakan Allah serta mengamalkan Islam sebagai satu sistem hidup.

Maka apabila kita berdakwah dan sasaran (mad'u) kita tidak berubah perilakunya, bahkan menjauhi kita, mungkin kita perlu review kembali komunikasi kita.

Memang hidayah milik Allah. Hati Allah yang bolak - balik.

Tapi tetap juga ada faktor dari manusia itu sendiri.

Lihat junjungan besar kita. Lihat seninya dalam berkomunikasi.

Menceritakan keadaan syurga, manusia itu semuanya sama dalam Islam, mulia hanya kerana taqwa, sifat Ar Rahman dan Ar Rahim Allah, besarnya ganjaran bagi sesiapa yang bersabar di awal - awal permulaan Islam di depan sasarannya iaitu hamba sahaya (Bilal Bin Rabah), teman (Abu Bakar), sepupu (Ali B Abi Talib).

Perhati lagi komunikasi nabi kita ini.

Tidak membalas kejahatan tetangga Yahudinya yang membuang duri di depan rumahnya, bahkan ketika sakit diziarahi.

Sikap tenangnya mententeramkan Abu Bakar As Siddiq ketika beliau khuatir dijumpai kafir Quraisy sewaktu bersembunyi di Gua Hira? "Sesungguhnya Allah bersama kita".

Keberaniannya yang menampilkan diri memberitahu lokasinya sewaktu perang Uhud dengan berteriak "sesungguhnya Muhammad masih hidup!", dimana kaum muslimin kucar kacir diserang balas kaum kafir.

Komunikasi dapat disampaikan dengan cara yang berbeza - beza, melihat kepada target itu sendiri.

Kepada Arab Badwi yang buang air kecil dalam masjid, Rasullullah hanya berespon dengan; biarkan dia menghabiskan hajatnya dulu, kemudian sucikan tempat najis tersebut.

Kepada Yahudi yang sering mengganggu gugat keselamatan Madinah, komunikasinya dengan perang.

Kepada seluruh penduduk Mekah yang pasrah dengan apa pun yang bakal terjadi ketika Pembukaan Mekah, kemaafan yang dihulurkan Rasullullah saw.

Semua itu dakwah. Hujungnya adalah kemenangan Islam, tersebarnya dakwah di muka bumi.

Lihat kembali diri kita.

Adakah target dakwah kita cenderung pada kebaikan?
Adakah mad'u kita ini, semakin cinta kepada majlis - majlis ilmu, usrah?
Adakah orang - orang disekeliling kita, mula meninggalkan pekerjaan sia - sia?

"Sesungguhnya pada dirimu itu (Muhammad) terdapat contoh teladan yang baik."
September 17, 2012

Nasihat diri

"Ad deennu nashihah"
Agama itu adalah nasihat
Nasihat itu baik untuk diri sendiri, keluarga, rakan rakan, masyarakat, dan kaum muslimin umumnya.

Orang yang paling dengar adalah orang yang sedang bercakap itu sendiri...
Telinga sendirilah yang paling dekat dengan mulut...

Lakukan apa yang diri kita minta orang lain lakukan...
Jangan lakukan apa yang diri kita cegah orang lain lakukan..

Nasihat untuk orang lain adalah sebenarnya nasihat untuk diri sendiri...




August 22, 2012

Tewasnya aku kepada keinginanku





it's not the end of the world, you always can try again.

Tewasnya aku kepada keinginanku..
Dengan melihat perkara yang haram...

Tewasnya aku kepada keinginanku...
Dengan mendengar nyanyian yang lalai...

Tewasnya aku kepada keinginanku...
Dengan mengeluarkan kata-kata buruk...

Tewasnya aku kepada keinginanku....
Dengan memikirkan perkara kotor...

Tewasnya aku kepada keinginanku...
Dengan melupakan orang yang dalam kesusahan...

Tewasnya aku kepada keinginanku...
Dengan menyentuh kepunyaan orang...

Astagfirullah

Astagfirullah

Astagfirullah

Memohon keampunan pada Yang Maha Esa
Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf

Jagalah penglihatan
Dengan menundukkan pandangan

Jagalah pendengaran
Dengan sentiasa mendengar bacaan al Quran

Jagalah percakapan
Dengan berkata yang bermanfaat atau berdiam

Jagalah akal fikiran
Dengan selalu mengingat kematian

Jagalah harta benda
Dengan meninfakkan rezeki yang dikurniakan

Jagalah pergaulan
Dengan bergaul dengan orang orang soleh


May 4, 2012

insya Allah, insya Allah


Letaknya Insya Allah



Insya Allah, satu perkataan yang sering didengar, boleh dikatakan antara perkataan yang paling popular disebut orang.
           
  Satu orang berkata, “Man, esok aku de buat makan makan siket kat rumah aku, datang laa, pukol 8 malam”, Man menjawab, “okeh! insyaAllah aku datang nye!”
          
  “ esok kita akan adakan perjumpaan pukul 5 pm kat warung tu, ok ye sume”, seseorang berkata,”insya Allah ok”, sorang menjawab.

Hampir setiap kali perjanjian akan kedengaran perkataan insya Allah ini. Dah sinonim dengan masyarakat kita ni. Mungkin mengaplikasikan ayat al-Quran dari surah al-khahfi (18:23-24) yang mengingatkan Nabi supaya mengatakan insya Allah dalam setiap pekerjaan.

Insya Allah atau yg bermaksud ‘dengan izin atau kehendak Allah’, seharusnya kita sering menyebutnya, seharusnya kita sebut dalam setiap pekerjaan, setiap perancangan. Jangan lupa menyebutnya, kerana suatu kepastian itu hanya dari Allah. Allah yang menetap dan menentukan segalanya.
           
  “wey Man, apasal kau tak datang semalam? Aku dah ajak kau kan?”
          
  “lambat kau sampai, kan janjinya pukul 5 pm, ni dah pukul 630 pm. Dah nak abes pon ni..aish kau ni..”
           
  “kan aku kata insya Allah, aku tak janji ape ape”, mereka menjawab.

Di salah erti

Insya Allah diletak pada tempat yang apabila suatu janji yang tidak pasti atau alasan untuk menghindari janji.

“nanti malam main futsal?”

“insyaAllah”

“main ke tak?”

“insyaAllah”

“Nak buat confirmation ni..main ke tak?”

“insya Allah”

“jangan nak insyaAllah, nak tau main ke tak?!”

Makna insya Allah sudah banyak disalah ertikan. Rasanya di nusantara ni sudah menjadi budaya menggunakan kata insya Allah seperti ini. Insya Allah menjadi kata-kata yang akan keluar dari mulut apabila suatu urusan itu tidak pasti akan dipenuhi atau memang berniat tidak mahu lakukannya pon (-.-“). Kata insya Allah hanya menjadi satu alas an apabila orang bertanya kepadanya.

Adakah begitu?

Seharusnya menggunakan perkataan insya Allah bukan hanya ucap atau sebagai alasan, tetapi berusaha kuat dengan sepenuh raga dan hati untuk memenuhinya. Kita tidak tahu sesaat pon apa yang akan berlaku esok hari atau masa depan tentang apa yang akan berlaku pada diri kita. Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu apa yang akan berlaku.

Kepastian hanya pada Allah. Tetapi  Allah telah memberi kita sesuatu yang tiada pada makhluk lain, akal, untuk kita memilih jalan, untuk kita merancang untuk masa depan. Kita manusia mempunyai perancangan, Allah yang mempunyai kuasa untuk tentukan ia terjadi atau tidak. Kata Insya Allah adalah sebagai Kerendahan Hati seorang hamba sekaligus kesedaran pada kekuasaan tuhannya, bukan bongkak dengan perancangan yang diadakan.

Pada doa ziarah kubur, Nabi berkata

“Semoga keselamatan tetap dilimpahkan kepada kalian, wahai penghuni perkampungan kaum mukminin dan muslimin. Kami, insya Allah, akan menyusul.” (HR Muslim)

Kata insya Allah yang disebut menunjukkan satu kepastian. Ini juga bermakna apabila menggunakan ‘insya Allah’, ia menggambarkan sesuatu perkara itu pasti akan dilakukan dengan sepenuh hati, bukan setengah setengah.

Pada suatu pagi, ahmad mendapat satu sms,

“Salam, malam ni free?de hal sikit nak bincang,penting gak lah. Boleh jumpa kat rumah aku pukul 7 malam?”

Ahmad reply, “Wasalam, Insya Allah boleh.”

Ahmad pon bereskan semua tugasan yang harus dibereskan terlebih dahulu, set alarm reminder 
untuk malam ni. Hampir dengan waktu yang dijanjikan ahmad keluar rumah.

“aku naik motor ni,ondeway rumah kau” sms ahmad ke kawannya.
Ahmad pon berangkat.

Dengan ketentuan Allah, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya/tayar motor bocor/satu kereta melanggar ahmad dari belakang/dan lain-lain.

Akhirnya ahmad lambat bertemu dengan kawannya atau tidak dapat bertemu.

Dengan sepenuh hati, bersedia sedaya mungkin, untuk menepati janji, untuk menepati rancangan yang dibuat, tetapi dengan ketentuan Allah lah perkara itu akan berlaku atau pun tidak. Perancangan Allah lagi baik dari perancangan hambanya. Insya Allah, Allah akan balas kita dengan setimpalnya, Allah tidak terlepas pandang usaha kita untuk menepati janji atau perancangan.

Kata Insya Allah adalah satu akhlak bagi seorang muslim. Jadi jagalah kata ini, gunakanlah ia dengan benar, letaklah ia pada tempat yang betul.

Pendek kata, insya Allah
1)Menekankan satu kepastian
2)Menyatakan usaha/kesungguhan untuk lakukan tetapi ketentuan pada Allah
3)Kerendahan hati sebagai seorang hamba


Sekian perkongsian tak seberapa. Salah betolkan ea (^_^)

August 3, 2011

selamat Puasa!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh~~~

Bapa-bapa, ibu-ibu, temen-temen sadayana, kumaha? =p

Selamat berpuasa untuk hari ini dan kedepannya. Moga apa yang kita lakukan sebelum,sekarang dan selepas ini diberkati dan diredhai oleh Allah.

Sekarang kita berada di bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, bulan yang kita patut ambil peluang untuk berlumba-lumba berbuat kebaikan dan kebajikan. Tidak lupa juga untuk berdoa dan meminta keampunan kepada Allah pada bulan mulia ini.

Kita yang mempunyai iman dan ingin merasai manisnya iman nescaya meredhai Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai nabi. Setiap syariat-syariat yang ditetapkan, sunnah-sunnah yang ditunjukkan, kita lakukannya untuk mendapat keredhaan Allah dan hati yang suci dan bersih. Tapi hati itu dapat dikotorkan dengan DOSA. Sudah tentu kita tidak terlepas dari dosa. Bukan kadang-kadang buat dosa, mungkin selalu buat.

Justeru itu, ambillah peluang di bulan Ramadhan ini untuk meminta keampunan kepada Allah dari setiap kesalahan kita lakukan samada sedar ataupon tidak. Rasulullah bersabda “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Jika beriman, rasailah dosa itu sebagai beban seperti Gunung yang tinggi dan akan Runtuh menimpa kita. Janganlah kita merasai dosa itu seperti Lalat yang hinggap dihidung kita dan menghalaunya dengan tangan sekali lalu sahaja.

Bak kata ustaz Maulana dalam rancangan Islam itu Indah di trans Tv, “kalw dalam bulan ramadhan dia ga solat nescaya luar ramadhan ga solat, kalw dalam bulan ramadhan ga sedekah nescaya luar ramdhan ga sedekah, kalw dalam bulan ramadhan ga taubat nescaya luar ramadhan ga taubat.”(mungkin ada ubah dan penambahan huhu :p). Jika dalam ramadhan yang tak ada musuh mengganggu pon tak buat, apetah lagi bulan yang lain, bukannya tidak mungkin boleh lakukannya tapi semakin sukar melakukannya.

Jadikanlah bulan ramadhan ini POINT OF CHANGES kita.

Dalam kebaikan, Buat apa yang tidak pernah buat dan perbanyak apa yang selalu buat.

pliz deh jgn gini


Sekian. Jangan Belasah je dalam ibadah J




-         


             -Mintak maap lee kalu ade kesalahan dulu2, mne tw dlu men belasah je ckp
-          -Akhirnya Update!!!!! Kuikuikui

Posted by TerMA
June 4, 2011

Bentuk - bentuk kebaikan.

Bismillahirrahmanirrahim.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Freimann : Boleh ke tak solat tapi buat baik kat semua orang? Tak solat urusan aku dengan Allah, tapi dengan manusia aku buat baik.


Abdülhey : Adakah kau nak justify yang kau tetap baik walau kau tak solat?

Freimann : Lebih kurang la..


Abdülhey : Maybe kita kena check balik apa Allah kata pasal kebaikan.
Kebajikan (kebaikan) itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu adalah beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat - malaikat, kitab - kitab, dan nabi - nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang - orang miskin, orang - orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta - minta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, orang - orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang - orang yang benar, dan mereka itulah orang - orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah, 2:177)
 Ayat ni menyatakan bahawa orang yang memiliki semua sifat di atas ni, telah masuk ke wilayah Islam dan mengambil SEGALA BENTUK KEBAIKAN.

May 23, 2011

Niat!!!

Dah biasadah makan ni. Sehat!!!

Ketaatan Menjadi Kebiasaan.

Keluar rumah pergi masjid, masuk waktu kita solat, waktu ramadhan puasa, dah nak raya bayar zakat, kat depan cermin pakai baju pakai seluar pakai tudung(pompan), rasa nak berpasangan pegi kahwin. Semua ni dah jadi kebiasaan dah.

 Ketaatan Menjadi Rutin  Harian.

Amal ibadah solat, puasa, tutup aurat dah menjadi seperti makan minum, mandi, tidur, kerja. Ibadah ibadah termasuk dalam rutin harian seperti roda yang berputar, benda sama saja yg dilakukan. Tiada apa yang berubah, statik begitu saja.

Kebiasaan Menjadi Bosan.

Pernah ke terfikir akan ada orang yang selalu nampak bersolat tidak solat tetibe, pernah ke terfikir akan ada orang yang selalu keluar pergi masjid tetibe pergi ke tempat lain, pernah ke terfikir akan ada sorang wanita yang pakai tudung tetibe tidak memakainya. Kebiasaan selalunya membosankan sekiranya tiada perubahan, tiada yang baru berlaku.

Selalu Perbaharui Niat.

Orang mengajak pergi ke masjid, katakan “sekejap!!” bertanya pada diri “kenapa aku pergi ke masjid?”katakan “aku pergi untuk mendapat redha Allah, untuk bersilaturrahim dengan orang soleh dll….”. Sebelum memakai tudung bertanya pada diri, “Mengapa aku bertudung?”dan menjawab “mengikut perintah Allah dan rasul-Nya, mencari redha Allah dan malu pada Nya dll….”.

Miliki Niat yang Jelas.

Walaupun kecil amal yang dilakukan, tetapi punyai niat yang jelas, insyaAllah meningkatkan lagi amal ibadah. Iman perlu ditingkatkan, iman perlu diteguhkan, iman perlu dikekalkan, dengan niat yang benar dapat melakukannya.

Jangan biarkan diri melakukan ibadah seperti rutin harian yang tiada peningkatan, menjadikan ia kebiasaan yang membosankan. Hadirkan lah pada diri dengan mempunyai niat dalam ketaatan.


kat celah mana ada jalan cam ni

Berfikir

Sekiranya kita lakukan sesuatu tanpa sedar, KEJUTkanlah diri dan HADIRkanlah NIAT.

Sekiranya kita berada di jalan yang baik, tetapi terdapat dugaan dan cabaran, bermuhasabah dengannya, BETULkan NIAT, dan ISTIQAMAHlah dengannya. Jika kita cuba menghindarkannya, mungkin kita tidak dapat peluang lagi di jalan baik itu.

 Sekiranya kita sedang melakukan kabaikan, datang fikiran dan hayalan, SEDARkanlah diri dan LURUSkan NIAT kita.






post by TERMA @ Teruna Skema
April 30, 2011

Tingkat Kesabaran


Berapa lama mahu bersabar

Sampai tahap mana perlu sabar

Tahap sabar level 4
Setiap cabaran, setiap rintangan, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita perlukan kesabaran.

Ujian terhadap kesabaran kita ada tingkatannya. Dan tingkatan itu mengikut keadaan, kemampuan dan keupayaan diri kita pada masa itu. Mari lihat hadis ini:

Dari Abudullah bin Mas’ud, ia berkata, “Saya masuk ke tempat Rasulullah saw. sewaktu beliau sedang sakit panas, kemudian saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau benar-benar menderita sakit yang panas.’ Beliau berkata,’Benar, sakit panas yang saya derita ini dua kali lipat lebih panas daripada yang biasa diderita kalian.’ Saya bertanya,’Kalau begitu, engkau mendapat pahala dua kali lipat juga?’ Beliau menjawab, ‘Benar, memang demikian. Seorang muslim yang tertimpa suatu kesakitan, baik itu tertusuk duri maupun lebih dari itu, niscaya Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya dan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana daun-daun yang berguguran dari pohonnya.’” (HR Bukhari dan Muslim)

Lihat dari hadis ni, tingkat ujian seseorang itu tergantung pada tingkat keimanan diri orang itu. Sama juga seperti peperiksaan- peperiksaan di sekolah, antara soalan peperiksaan sekolah rendah dengan soalan peperiksaan sekolah menengah, pastinya berbeza kerana mempunyai tingkat yang lain.

March 27, 2011

Sayang Isteri Tinggal Tinggalkan

Sayang anak tangan tangankan.

Usia muda, ramai yang rasa nak menikah. Ada yang mula mencari, ada yang mula survey calon, cermin diri, perbaiki diri. Alhamdulillah, bagus jika ia selaras dengan petunjuk wahyu.

Tidak dinafikan mencari pasangan hidup adalah perlu bahkan dituntut kerana ia merupakan salah satu fitrah manusia. Islam tidak menghalang naluri manusia tetapi ia memandu umatnya ke jalan yang benar dalam menyalurkan fitrah.

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." Ar-Rum,30:30

March 21, 2011

Saya Selalu Buat Salah


muke kucing lepas buat salah (gambar tidak ada kene mengena)

Setiap perbuatan yang dilakukan ada balasannya. Setiap balasan setimpal dengan apa yang diperbuatkan. Dan akhirnya, akan berada di mana? Syurga atau neraka?

Seorang perempuan bertanyakan “ saya ni tidak memakai tudung, tidak menutup aurat, adakah saya akan masuk neraka kerana itu? Tapi saya tidak pernah tinggalkan solat dan lakukan ibadah-ibadah yang lain”

Seorang lelaki bertanya “ adakah saya akan masuk neraka disebabkan saya selalu meng’usha’ perempuan-perempuan di tepi jalan sedangkan saya selalu solat, baca al-quran dan lain-lain?”

Apakah yang kita akan jawab kalau ada yang bertanyakan seperti ini kepada kita?” entahlah wey, aku pun tak tau. Tu kerja Allah, bukan kerja kita. Allah yang tentukan semua tu”
February 19, 2011

Salam...Assalam...Slm.....A'kum


Asslamualaikum warahmatullahi wa barakatuh….

Memberi salam adalah yang mulia. Ia  amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadisnya. Salah satunya hadis dalam riwayat bukhari, Rasulullah bersabda,

“Salam adalah termasuk salah satu dari nama-nama Allah yang diletakkan di dunia. Sebarkanlah salam di antara kalian,”

Tapi sekarang terdapat hal kecil  yang di” trend”kan terutamanya dalam facebook. Tidak tahu sama ada sudah tersebar luas atau tidak, tapi dah nampak banyak (lebih dari 1 ye) yang share post itu. Mereka share tentang “Jangan guna Perkataan ‘Salam’.”

Apa yang dibincangkan adalah tidak boleh pendekkan perkataan Assalamualaikum kepada Salam sahaja, tetapi boleh disingkatkan kepada Assalam. Kalau nak baca penuh boleh ke link ni atau yang ini.

Ada juga yang tidak setuju dalam hal ini. Tetapi ini belum di trendkn lagi. Mereka mengatakan perkataan Salam dan Asslam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai singkatan bagi Asslamualaikum. Boleh baca disini dan sini.
January 31, 2011

Mari Fikir



Spontan = bukan dengan paksaan, tetapi dengan desakan gerak hati sendiri sahaja; berlaku atau tercetus dengan sendiri (tanpa ada paksaan atau setelah dirancang-rancang) [Kamus Dewan]

January 28, 2011

Info Solat

Bacaan semasa rukuk

                           سبحان ربي العظيم

Maksudnya : "Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia"
(Riwayat Muslim no.1850)

   Menurut hadis, adalah dilarang membaca apa jua ayat al-Quran semasa rukuk, sebaliknya waktu rukuk dibaca doa memuji dan membesarkan Allah s.w.t sebanyak mungkin.

   Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud : "Ketahuilah sesungguhnya aku telah dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk, maka agungkanlah Allah s.w.t, manakala ketika sujud, berusahalah dengan doa - doa kerana waktu itu yang lebih baik untuk dimakbulkan (doa) bagi kamu." (Riwayat Muslim no. 479 dan 1348)

Bacaan semasa sujud


January 25, 2011

Brainstorm 1 : Cliche

Islam is a way of life.
Islam adalah cara hidup, bukan sekadar pada nama. Noktah.



Soalannya, bagaimana kita menerapkan, memahami slogan tersebut.
Pergi jumpa orang, cakap Islam sebagai satu cara hidup.
Dalam taklim, dengar lagi tazkirah pasal lifestyle. "Sesungguhnya lifestyle yang diterima Allah adalah Islam".
Fuh.. berapi - api dengar.

Cakap lebat ke?
Buat tak serupa bikin ke bang oi, cik kak luar sana oi!

Mana tindakannya!!
Kami nak tengok apa kau buat, bukan nak dengar kau cakap apa..

p/s : sila persoal diri sendiri. jangan nilai orang lain.
p/s.s : mood rebel dan muhasabah diri.