Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
February 19, 2011

Salam...Assalam...Slm.....A'kum


Asslamualaikum warahmatullahi wa barakatuh….

Memberi salam adalah yang mulia. Ia  amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadisnya. Salah satunya hadis dalam riwayat bukhari, Rasulullah bersabda,

“Salam adalah termasuk salah satu dari nama-nama Allah yang diletakkan di dunia. Sebarkanlah salam di antara kalian,”

Tapi sekarang terdapat hal kecil  yang di” trend”kan terutamanya dalam facebook. Tidak tahu sama ada sudah tersebar luas atau tidak, tapi dah nampak banyak (lebih dari 1 ye) yang share post itu. Mereka share tentang “Jangan guna Perkataan ‘Salam’.”

Apa yang dibincangkan adalah tidak boleh pendekkan perkataan Assalamualaikum kepada Salam sahaja, tetapi boleh disingkatkan kepada Assalam. Kalau nak baca penuh boleh ke link ni atau yang ini.

Ada juga yang tidak setuju dalam hal ini. Tetapi ini belum di trendkn lagi. Mereka mengatakan perkataan Salam dan Asslam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai singkatan bagi Asslamualaikum. Boleh baca disini dan sini.
February 13, 2011

Nabi Kita


Kita tahu bila Nabi lahir.
Kita tahu bila Nabi dilantik menjadi rasul Allah.
Kita tahu bila Nabi mula berdakwah.
Kita tahu bila Nabi wafat.

Kita tahu Nabi seorang anak yatim.
Kita tahu Nabi seorang suami.
Kita tahu Nabi seorang bapa.
Kita tahu Nabi seorang pemimpin.

Nabi sudah sampaikan wahyu dari al-Quran.
Nabi sudah memberi cara hidup dalam as-Sunnah.
Nabi telah menyempurnakan agama Allah.
Nabi telah tunjukkan akhlak untuk segala urusan.

February 10, 2011

Is This Girlish Enough?


Kami bukannya wanita
Kami bukannya perempuan
Kami bukannya gadis
Kami bukannya pondan

February 8, 2011

Pesan Ibu Beribu Ribu

Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.

February 6, 2011

Seni Sembunyi :: Invisible Arts


ada nampak sesiapa kat situ?
Ok...tengok lagi skali gambar kat bawah ni



ada nampak?
Wat de Heck laaa!! art dia....

Orang kata kalau seorang tu terlalu kreatif, dia akan menghasilkan sesuatu yang "terlalu tinggi" nilanya sehingga orang lain tidak dapat tahu nmenilai.Ini salah satu contoh.Inilah hasil seni seorang artis yang berasal dari China. Betapa artistiknya karya artis yang bernama Liu Bolin ni. Apa yang dihasilkan ni SAH memang SUSAH, tapi si Bolin ni masih MAMPU menghasilkannya walaumana susah pun latar belakangnya.

Mari kita tengok lagi karya-karya dia.

February 3, 2011

Macam mana nak tahu perkembangan Mesir 24/7?

   Haa.. mesti korang semua nak tahu kan? Maklumlah, sekarang tengah bergolak, nak tahu apa cerita Hosni Mubarak, berapa jumlah kematian sekarang, apa pandangan pemimpin dunia dan lain - lain.

February 1, 2011

Teguran buat fans - fans Revolusi Mesir.

Ha ni aku nak cakap. Pasal apa? Pasal Mesir.

Ok aku tahu semua dah maklum dengan apa yang terjadi kat Mesir sekarang. Tak perlu aku nak ungkit - ungkit. Korang pun tahu mana nak cari berita pasal Mesir.