Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
May 23, 2011

Niat!!!

Dah biasadah makan ni. Sehat!!!

Ketaatan Menjadi Kebiasaan.

Keluar rumah pergi masjid, masuk waktu kita solat, waktu ramadhan puasa, dah nak raya bayar zakat, kat depan cermin pakai baju pakai seluar pakai tudung(pompan), rasa nak berpasangan pegi kahwin. Semua ni dah jadi kebiasaan dah.

 Ketaatan Menjadi Rutin  Harian.

Amal ibadah solat, puasa, tutup aurat dah menjadi seperti makan minum, mandi, tidur, kerja. Ibadah ibadah termasuk dalam rutin harian seperti roda yang berputar, benda sama saja yg dilakukan. Tiada apa yang berubah, statik begitu saja.

Kebiasaan Menjadi Bosan.

Pernah ke terfikir akan ada orang yang selalu nampak bersolat tidak solat tetibe, pernah ke terfikir akan ada orang yang selalu keluar pergi masjid tetibe pergi ke tempat lain, pernah ke terfikir akan ada sorang wanita yang pakai tudung tetibe tidak memakainya. Kebiasaan selalunya membosankan sekiranya tiada perubahan, tiada yang baru berlaku.

Selalu Perbaharui Niat.

Orang mengajak pergi ke masjid, katakan “sekejap!!” bertanya pada diri “kenapa aku pergi ke masjid?”katakan “aku pergi untuk mendapat redha Allah, untuk bersilaturrahim dengan orang soleh dll….”. Sebelum memakai tudung bertanya pada diri, “Mengapa aku bertudung?”dan menjawab “mengikut perintah Allah dan rasul-Nya, mencari redha Allah dan malu pada Nya dll….”.

Miliki Niat yang Jelas.

Walaupun kecil amal yang dilakukan, tetapi punyai niat yang jelas, insyaAllah meningkatkan lagi amal ibadah. Iman perlu ditingkatkan, iman perlu diteguhkan, iman perlu dikekalkan, dengan niat yang benar dapat melakukannya.

Jangan biarkan diri melakukan ibadah seperti rutin harian yang tiada peningkatan, menjadikan ia kebiasaan yang membosankan. Hadirkan lah pada diri dengan mempunyai niat dalam ketaatan.


kat celah mana ada jalan cam ni

Berfikir

Sekiranya kita lakukan sesuatu tanpa sedar, KEJUTkanlah diri dan HADIRkanlah NIAT.

Sekiranya kita berada di jalan yang baik, tetapi terdapat dugaan dan cabaran, bermuhasabah dengannya, BETULkan NIAT, dan ISTIQAMAHlah dengannya. Jika kita cuba menghindarkannya, mungkin kita tidak dapat peluang lagi di jalan baik itu.

 Sekiranya kita sedang melakukan kabaikan, datang fikiran dan hayalan, SEDARkanlah diri dan LURUSkan NIAT kita.






post by TERMA @ Teruna Skema