Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
February 19, 2011

Salam...Assalam...Slm.....A'kum


Asslamualaikum warahmatullahi wa barakatuh….

Memberi salam adalah yang mulia. Ia  amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadisnya. Salah satunya hadis dalam riwayat bukhari, Rasulullah bersabda,

“Salam adalah termasuk salah satu dari nama-nama Allah yang diletakkan di dunia. Sebarkanlah salam di antara kalian,”

Tapi sekarang terdapat hal kecil  yang di” trend”kan terutamanya dalam facebook. Tidak tahu sama ada sudah tersebar luas atau tidak, tapi dah nampak banyak (lebih dari 1 ye) yang share post itu. Mereka share tentang “Jangan guna Perkataan ‘Salam’.”

Apa yang dibincangkan adalah tidak boleh pendekkan perkataan Assalamualaikum kepada Salam sahaja, tetapi boleh disingkatkan kepada Assalam. Kalau nak baca penuh boleh ke link ni atau yang ini.

Ada juga yang tidak setuju dalam hal ini. Tetapi ini belum di trendkn lagi. Mereka mengatakan perkataan Salam dan Asslam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai singkatan bagi Asslamualaikum. Boleh baca disini dan sini.


Anda boleh membaca kedua-duanya sendiri, dan fikirkanlah yang mana baik buruknya, dan pilihlah yang mana 1. Saya tidak mahu membincangkan apa yang mereka telah bincangkan, nanti jadi panjang sangat =)

Saya mahu bincangkan apa yang penulis artikal “Jangan guna Perkataan ‘Salam’” tulis. Dia ada tulis, “Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara……”. Adakah anda perasan yang dia telah menyingkatkan sesuatu perkataan yang baik.  Dia menjadikan perkataan Saallahu Alay-Hi-Wassalam kepada singkatan S.A.W. Sekiranya pertama kali orang melihat perkataan s.a.w ,dan dia lebih hebat berbahasa inggeris, dia akan menterjemahkan sebagai saw (gergaji) atau saw (melihat -past tense). Sama juga dalam hal singkatan Subahanahu wa Ta’ala  menjadi singkatan S.W.T. Selawat pada nabi dan pujian bagi Allah boleh disingkatkan tapi Assalmualaikum tidak boleh disingkatkan menjadi Salam.

Dia juga menulis, “Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.”.”salam maut”, ini mungkin orang yang berkata seperti ini menggunakan salam Melayu (kamus mana ntah dia ambil). Melayu memang suka guna perkataan bunga-bunga sikit.

Salam boleh dibahagi 2 maksud; sejatera@aman atau selamat tinggal. Terdapat dalam al-Quran (sila semak AQ 10:10 dan 43:89) mengguna perkataan Salaamun ataupun salam. Jadi yang mana satu yang dimaksudkan sekiranya menggunakan perkataan salam?

Dari Imran ibn Hushain r.a, ia berkata, “Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi seraya mengucapkan Assalamu ‘alaikum. Maka nabi menjawabnya dan orang itu kemudian duduk. Nabi berkata, “Dia mendapat sepuluh pahala.” Kemudian datang orang yang lain mengucapkan Assalamu ‘alaikum warahmatullah. Maka Nabi menjawabnya dan berkata, “Dua puluh pahala baginya.” Kemudian ada yang datang lagi seraya mengucapkan Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wa barakatuh. Nabi pun menjawabnya dan berkata, “Dia mendapat tiga puluh pahala.” (Shohih. Riwayat Abu dawud, Tirmidzi dan Ahmad)

Hadis di atas menunjukkan 3 jenis salam yang terbaik:

1.      1. Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wa barakatuh
2.      2. Assalamu ‘alaikum warahmatullah
3.      3. Assalamu ‘alaikum

Jadi apabila mendapat jenis salam yang 3 ini, jawablah penghormatan itu dengan cara yang sama, iaitu Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh, Waalaikumussalam  warahmatullah dan Waalaikumussalam.

Dalam hadits lain Rasulullah bersabda, “Hendaknya orang yang berkendaraan memberi salam kepada yang berjalan. Yang berjalan kepada yang dduk yang sedikit kepada yang banyak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Apabila Assalamu’alaikum disingkatkan menjadi Salam atau Assalam terutamanya sms atau chat, jawablah dengan cara yang sama atau lebih baik.(AQ 4:86)


Kesimpulannya, tidak perlu sedih sebab baru tahu tidak boleh menggunakan perkataan “salam”(baru dapat  artikal Jangan guna Perkataan ‘Salam'), tidak perlu risau keliru mahu menggunakan Salam atau Assalam atau A’kum atau Slm selagi anda berniat untuk ucap sejahtera atau peace dan selagi tidak mempermainkan perkataan salam itu sendiri seperti semekom atau sukmaikom.

Perkataan singkat SALAM itu lebih baik dari menggunakan perkatan hai, hi, hello, morning, gudmornin, pagi semua dan macam-macam lagi.

Ucapkanlah Assalamu’alaikum kepada teman-teman anda apabila bersua muka. Kerana ini adalah lebih baik.

“Sebarkanlah Salam di Antara Kalian!!”




- dengan skema nya ditulis oleh TerMA


6 comments:

  1. agreed, but what is the problem with hai, hi, hello, morning, gudmornin, pagi semua dan macam-macam lagi?

    ReplyDelete
  2. 'salam' mcm lebih proper kot in greetings.

    ReplyDelete
  3. take a look at first hadits in this article en. al-tuah =)

    ReplyDelete
  4. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Tidak akan masuk syurga kamu semua itu sehingga kamu semua beriman dan tidak
    akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta-mencintai.
    Tidakkah kamu semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua sesuatu yang
    jikalau kamu semua lakukan tentu kamu semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu
    sebarkanlah salam sesama kamu!"
    (Riwayat Muslim)

    meh baca link ni:
    http://alhannan.ft.ugm.ac.id/index.php?option=com_content&view=article&id=43:sebarkan-salam&catid=4:akhlaq&Itemid=4

    ReplyDelete
  5. mantops lah TerMa!!
    kadang2 benda2 kecil macam ni diperbesar2kan.
    lalu perkara yang lebih besar jadi terabai.

    jadi artikel ni bagus, sbb ramai orang tak perlu nak keliru, susah hati dll.

    ada banyak lagi tugas2 besar yang perlu diselesaikan.

    "don't be distracted"

    ReplyDelete
  6. thanks...sy baru tau sebenarnye..

    ReplyDelete