Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
March 21, 2011

Saya Selalu Buat Salah


muke kucing lepas buat salah (gambar tidak ada kene mengena)

Setiap perbuatan yang dilakukan ada balasannya. Setiap balasan setimpal dengan apa yang diperbuatkan. Dan akhirnya, akan berada di mana? Syurga atau neraka?

Seorang perempuan bertanyakan “ saya ni tidak memakai tudung, tidak menutup aurat, adakah saya akan masuk neraka kerana itu? Tapi saya tidak pernah tinggalkan solat dan lakukan ibadah-ibadah yang lain”

Seorang lelaki bertanya “ adakah saya akan masuk neraka disebabkan saya selalu meng’usha’ perempuan-perempuan di tepi jalan sedangkan saya selalu solat, baca al-quran dan lain-lain?”

Apakah yang kita akan jawab kalau ada yang bertanyakan seperti ini kepada kita?” entahlah wey, aku pun tak tau. Tu kerja Allah, bukan kerja kita. Allah yang tentukan semua tu”

Yup, itulah jawapannya. Kita ini bukannya malaikat, kita manusia yang tidak tahu perkara ghaib, bahkan malaikat juga tiada hak untuk menentukan siapa yang akan masuk ke neraka atau pun syurga. Ini mutlak kuasa Allah sahaja, Tuhan yang mencipta neraka dan syurga. Di akhirat nanti, neraka dan syurga dipenuhi oleh orang-orang yang Allah telah tentukan menjadi ahli neraka dan syurga. Allah sudah memberitahu keadaan di akhirat nanti, golongan manakah yang akan memasuki neraka atau memasuki syurga, dalam surah al-Qaria’ah 101:6-11

Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (Yaitu) api yang sangat panas.”

Kita yang kerdil ini tidak mengetahui bagaimanakah timbangan amalan di akhirat nanti. Tapi apa yang perlu diketahui bahawa setiap amalan ada timbangannya. Amalan yang dilakukan pastinya ada kebaikan atau keburukan padanya. “Jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya”(21:47) dan begitu juga sebaliknya.

Seperti soalan di atas, “adakah saya akan masuk neraka kerana itu?” Adakah yang dilakukan itu salah atau betul? Dengan spontan menjawab “Ya itu adalah kesalahan.” Adakah ia menjadi faktor ke neraka? Menjawab dengan ilmu “ada dalil-dalil menunjukkan ia ke neraka” Tapi telah pun diketahui di akhirat nanti akan ditimbang amalan, timbangan menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan, maka selamatlah. Begitu juga sebaliknya, jika amalan kejahatan melebihi kebaikan, maka rugilah. Setiap amalan akan dikira, tidak akan terlepas. Maka sesiapa yang kebaikannya lebih berat, beruntunglah dia, dan jika kebaikannya ringan, rugilah dia.(23:101-102)

Maka, boleh katakan perkara yang dapat dosa akan ke neraka, perkara yang dapat pahala akan ke syurga. Kalau ditanya tidak pakai tudung, meng’usha’ perempuan, mengumpat, keluarkan kata-kata kesat, dan sebagainya membawa ke arah mana? Jawapannya “ke neraka”. Jika ditanya solat, zikir, puasa, sedekah dan lain-lain membawa ke arah mana? Jawapannya “ke syurga”. Simple.

Adakah kita ingin terus melakukan perbuatan yang telah pun kita ketahui akan membawa ke neraka? Maka bertaubatlah darinya, berdoa supaya dapat menjauhi, menghindari daripada melakukan perbuatan itu lagi.

kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(al-Furqaan 25:70)

Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil, Allah akan menimbang dan menentukannya. Setiap yang manusia lakukan, ada baik dan buruknya. Perbanyaklah amalan baiknya dan istiqomahlah padanya.

Peringatan terutama untuk diri sendiri~






post oleh TerMA~~

0 comments:

Post a Comment