Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
January 31, 2011

Mari Fikir



Spontan = bukan dengan paksaan, tetapi dengan desakan gerak hati sendiri sahaja; berlaku atau tercetus dengan sendiri (tanpa ada paksaan atau setelah dirancang-rancang) [Kamus Dewan]


Akhlak = suatu keadaan bagi diri atau jiwa yang mendorong untuk melakukan perbuatan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran kerana sudah menjadi kebiasaan [Ibnu Maskawayh]

Berapa banyak kali sepanjang hidup kita melakukan kebaikan secara spontan, tanpa banyak fikir? Berapa banyak kali kita berfikir panjang untuk melakukan kebaikan?

Berapa banyak kali kita berfikir panjang sebelum berkata-kata? Pernahkah mengeluarkan kata-kata baik tanpa berfikir panjang? Pernahkah tanpa berfikir panjang mengeuarkan kata-kata kesat?

Berapa banyak kali kita berfikir panjang sebelum membuat sesuatu? Pernahkah kita membuang sampah merata-rata tanpa berfikir panjang? Pernahkah kita tanpa berfikir panjang mengutip sampah yang terlihat?

Jika dilihat kedua-dua definisi, spontan dan akhlak, terdapatnya unsur spontan di dalam akhlak, dalam melakukan kebaikan. Ia dilakukan dengan senang dan tiada paksaan.

Jadi di sini mari kita berfikir sebentar, muhasabah diri. Adakah diri ini melakukan kebaikan, kebajikan, ketaatan dengan dalam keadaan spontan? Andainya belum spontan, marilah kita sama-sama menyerapkan ke dalam diri dan istiqomah dengannya.











p/s: ternampak org putih kutip smpah yg ade kt depan mata


3 comments:

  1. kesimpulan : akhlak yang baik membawa kebaikan secara spontan...errr..lebih kurang la kan?

    ReplyDelete
  2. mnjadikan akhlak yg baik sbgi perlakuan yg spontan...lbey kurang la tu =)

    ReplyDelete
  3. ustaz saya selalu ckp camnh...
    "btolkan yang biasa, biasakn yang btol"

    ReplyDelete