Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
September 3, 2011

Memperbaiki Langkah Kita

Kadangkala, kita begitu teringin nak mengajak kawan - kawan kita ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Solat di awal waktu, solat berjemaah, belajar rajin - rajin, tundukkan pandangan, jangan couple,  tak ponteng kelas, tak merokok, tak bergosip dan banyak lagi.





Dan kita tetap istiqamah dalam hal tersebut.
Dan kawan - kawan kita pula tetap 'istiqamah' dengan perangai buruknya.
Nothing changed.

Sampai masa, kita pun tertanya - tanya, di mana silap kita.
Memang, kita dah buat yang terbaik.
Allah tengok usaha kita, dah terbaik ke belum, bukan hasil kita, kan?

Tapi cuba kita view hal ini dari perspektif perniagaan.
Contoh yang simple, seorang penjual topup A sedang berusaha 'memancing' pelanggan baru yang mahu membeli nombor, mendakwa brand A memang mantap. Murah, line tak putus, call murah, dapat internet free dan lain - lain.
Tapi apabila ditanya si penjual, dia sedang pakai nombor apa, dia jawab pakai nombor B.
Si pelanggan berlalu tanpa kata...

Contoh lagi,
Seorang pakcik penjual ubat di tepi jalan sedang mempromosi ubatnya. Kononnya ubat segala ubat, mujarab pelbagai penyakit. Sembuh segala macam. Dari gout, sakit pinggang, kencing manis, darah tinggi, sawan, terseliuh, sakit gigi dan banyak lagi.
Macam 100 dalam 1 pula.
Tapi keadaan pakcik tu, sedih kita tengok. Terbatuk - batuk, jalan bertongkat, baju compang - camping, kita yang sakit dibuatnya.
Dia jual ubat tapi dia juga yang sakit.



Tapi cuba kita tengok contoh ni pula.
Seorang bapa yang masih muda sudah mempunyai 5 orang anak selang setahun.
Bila ditanya rahsianya, "Saya mengamalkan ubat kuat cap ibu dan anak."
Maka popularlah ubat kuat cap ibu dan anak tersebut di kalangan bapa yang lanjut usia.
Menginginkan hasil yang sama seperti si bapa tadi.

Lain,
Kelihatan seorang nenek masih aktif bermain badminton dengan cucunya.
Kadangkala men'sm*sh' kepala cucunya yang suka bagi bola tanggung.
Bila ditanya, "nenek macam mana boleh jadi hiperaktif macam ni?"
Jawabnya, "nenek dulu kecil - kecil tak minum ais, tak makan KFC macam kome"
Maka ramailah anak-anak dara yang ingin awet mula mengamalkan petua tak minum ais dan makan KFC nenek tu..

Sama la dengan hal kita tadi.
Cara yang kita lakukan tu, boleh dikira seperti direct selling.
Kita memberitahu kebaikan serta keburukan setiap perlakuan. Buat baik syurga jahat neraka. Senang je.

Tapi adakah pada masa yang sama kita melakukan indirect selling?
Iaitu pada masa yang sama, kita cuba mempromosi 'barang jualan' kita, secara tidak langsung.
Directnya kita cakap jangan ponteng kelas, indirectnya kita pun tak ponteng kelas.
Cakap terus terangnya couple tu tak boleh, kahwin je terus, indirectnya kita kahwin la, kan?
Pendek cerita, kita buat apa kita cakap.
Base on contoh - contoh tadi pun, indirect selling lebih berkesan dari direct selling.

Apa nak ditunggu lagi,
sekarang bukan masa untuk berbicara sahaja,
Sekarang masanya kita beraksi!



BS

0 comments:

Post a Comment