Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
April 30, 2011

Tingkat Kesabaran


Berapa lama mahu bersabar

Sampai tahap mana perlu sabar

Tahap sabar level 4
Setiap cabaran, setiap rintangan, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita perlukan kesabaran.

Ujian terhadap kesabaran kita ada tingkatannya. Dan tingkatan itu mengikut keadaan, kemampuan dan keupayaan diri kita pada masa itu. Mari lihat hadis ini:

Dari Abudullah bin Mas’ud, ia berkata, “Saya masuk ke tempat Rasulullah saw. sewaktu beliau sedang sakit panas, kemudian saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau benar-benar menderita sakit yang panas.’ Beliau berkata,’Benar, sakit panas yang saya derita ini dua kali lipat lebih panas daripada yang biasa diderita kalian.’ Saya bertanya,’Kalau begitu, engkau mendapat pahala dua kali lipat juga?’ Beliau menjawab, ‘Benar, memang demikian. Seorang muslim yang tertimpa suatu kesakitan, baik itu tertusuk duri maupun lebih dari itu, niscaya Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya dan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana daun-daun yang berguguran dari pohonnya.’” (HR Bukhari dan Muslim)

Lihat dari hadis ni, tingkat ujian seseorang itu tergantung pada tingkat keimanan diri orang itu. Sama juga seperti peperiksaan- peperiksaan di sekolah, antara soalan peperiksaan sekolah rendah dengan soalan peperiksaan sekolah menengah, pastinya berbeza kerana mempunyai tingkat yang lain.

April 21, 2011

Semuanya asset




Ini adalah asset 


Banyak asset kita dalam dunia ni. Asset itu bukan sahaja dalam bentuk harta, barang atau mata wang, tetapi ia juga terdapat dalam kehidupan persekitaran kita. Tidak kira baik atau buruk, semuanya asset kita.

PenCURI yang mencuri sebagai asset kita.

PenYOMBONG yang menyombongkan diri sebagai asset kita.

PeMARAH yang sentiasa marah sebagai asset kita

EGOis yang menunjukkan egonya sebagai asset kita.

PeremPUAN cantik yang memaparkan kecantikan sebagai asset kita.

PengKUTUK yang selalu kutuk sebagai asset kita.

PenGEMIS yang asyik-asyik meminta-minta sebagai asset kita.

Mana taknya mereka ini bukan asset kita. Kalau mereka ini tiada, mugkin terdapat beberapa perkara yang kita dapat buat.
April 9, 2011

Kalau






“Kalaulah aku bangun awal, bolehlah aku mandi”

“Kalaulah aku bawak motor hati-hati tadi, xlah jatuh “

“Kalaulah aku pergi hantar service motor dulu, tak payahlah aku susah2 tolak motor sekarang ni”

“Kalaulah aku makan banyak tadi, xlah aku lapar sekarang”

“Kalaulah aku tido tadi malam lama sikit, xlah mengantuk sangat sekarang”

“kalaulah aku belajar betul- betul, tak la dapat result cam ni”

“kenapalah aku buat macam tu tadi, kalau aku buat cam ni kan lagi bagus”

“Kalaulah aku ikut cakap dia, tak lah jadi macam ni”

Berapa banyak kalau nak cakap ni daaaa.