MATA KECILKU Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara Kau buat mataku kecil Kau buat badanku besar Kau sayangkan aku Kau buatku serba kekurangan Supaya aku berusaha mencari kejayaan Kemudian kau limpahkan dengan kesenangan Kau sayangkan aku Aku leka dengan hidup dunia tiada syukur tersemat didada hari - hari bergelumang dosa perhubungan kita tidak ku jaga seperti seorang anak tak mengenang jasa Kau sayangkan aku
ini adalah sebahagian dari lirik lagu Raihan: Demi masa
waktu~~~~~
Rasanya semua dah tau, dah perasan yang lirik ini di ambil dari surah apa. Surah Al-A’sr surah yang ke-105.
Masa bergerak tanpa mengendahkan sesiapa. Setiap detik dia bergerak, setiap menit dia bergerak, setiap jam dia bergerak. Walau jam dinding rumah habis baterinya, walau jam tangan casio habis baterinya, dia tetap bergerak tanpa peduli apa yang berlaku disekelilingnya.
Selamat berpuasa untuk hari ini dan kedepannya. Moga apa yang kita lakukan sebelum,sekarang dan selepas ini diberkati dan diredhai oleh Allah.
Sekarang kita berada di bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, bulan yang kita patut ambil peluang untuk berlumba-lumba berbuat kebaikan dan kebajikan. Tidak lupa juga untuk berdoa dan meminta keampunan kepada Allah pada bulan mulia ini.
Kita yang mempunyai iman dan ingin merasai manisnya iman nescaya meredhai Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai nabi. Setiap syariat-syariat yang ditetapkan, sunnah-sunnah yang ditunjukkan, kita lakukannya untuk mendapat keredhaan Allah dan hati yang suci dan bersih. Tapi hati itu dapat dikotorkan dengan DOSA. Sudah tentu kita tidak terlepas dari dosa. Bukan kadang-kadang buat dosa, mungkin selalu buat.
Justeru itu, ambillah peluang di bulan Ramadhan ini untuk meminta keampunan kepada Allah dari setiap kesalahan kita lakukan samada sedar ataupon tidak. Rasulullah bersabda “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu.”(HR. Bukhari dan Muslim)
Jika beriman, rasailah dosa itu sebagai beban seperti Gunung yang tinggi dan akan Runtuh menimpa kita. Janganlah kita merasai dosa itu seperti Lalat yang hinggap dihidung kita dan menghalaunya dengan tangan sekali lalu sahaja.
Bak kata ustaz Maulana dalam rancangan Islam itu Indah di trans Tv, “kalw dalam bulan ramadhan dia ga solat nescaya luar ramadhan ga solat, kalw dalam bulan ramadhan ga sedekah nescaya luar ramdhan ga sedekah, kalw dalam bulan ramadhan ga taubat nescaya luar ramadhan ga taubat.”(mungkin ada ubah dan penambahan huhu :p). Jika dalam ramadhan yang tak ada musuh mengganggu pon tak buat, apetah lagi bulan yang lain, bukannya tidak mungkin boleh lakukannya tapi semakin sukar melakukannya.
Jadikanlah bulan ramadhan ini POINT OF CHANGES kita.
Dalam kebaikan, Buat apa yang tidak pernah buat dan perbanyak apa yang selalu buat.
pliz deh jgn gini
Sekian. Jangan Belasah je dalam ibadah J
-
-Mintak maap lee kalu ade kesalahan dulu2, mne tw dlu men belasah je ckp
Pada 11 Mac 2011, Negara yang dikenal sebagai matahari terbit dikejutkan dengan satu gempa bumi. Jepun dilanda bencana alam ini yang sebesar 8.9 skala Richter yang menghasilkan tsunami setinggi 10 meter skali menggemparkan dunia. Gempa bumi yang tidak disangka-sangka ini adalah yang terbesar yang pernah melanda Jepun. Bukan gempa bumi dan tsunami sahaja, bahkan Jepun menghadapi masalah radiasi nuclear.
Bencana ini dijadikan tajuk utama setiap akhbar. Pelbagai cerita dipaparkan.
Ada yang cerita tentang kestabilan ekonomi Negara , adakah saham akan jatuh? Adakah harga barang akan naik?
Ada juga yang buat karikatur antara ikon kartun yang melambang Jepun dan bencana alam yang melanda Negara itu.
Artis kesayangan semua hilang tidak dapat dihubungi!! Pelakon aksi selamat dari tsunami!!! Yang ni kalau tidak ada tak sah.
Negara matahari itu dilanda bencana, ada pula orang yang kritik, dikatakan sebab bencana ala mini berlaku kerana tidak menjaga alam sekitar. =_="
Apa-apa pun, ucapkan takziah pada mereka dan hulurkanlah bantuan sedaya yang mampu.
“Sesiapa yang tidak mahu menyayangi, maka ia pun tidak disayangi” (HR Bukhari)
Tunjukanlah kasih sayang anda pada manusia sejagat dengan PEDULI dan AMBIL TAHU tentang mereka.
Haa.. mesti korang semua nak tahu kan? Maklumlah, sekarang tengah bergolak, nak tahu apa cerita Hosni Mubarak, berapa jumlah kematian sekarang, apa pandangan pemimpin dunia dan lain - lain.
Peringatan untuk kita semua, apa yang berlaku pada negara Islam. Bukan sahaja di Palestine, di Iraq, Pakistan, Lubnan, malah di Arab Saudi sekali. Termasuk juga negara Islam di Asia Tenggara, Malaysia dan Indonesia.
Negara Islam miskin
Negara Islam mundur
Negara Islam lemah
Negara Islam banyak korupsi
Negara Islam banyak kemaksiatan
Negara Islam banyak kejahilan
Kenapakah? Sampai bila? untuk atasi bagaimana?
Renung dan Fikirkan...
~ when i'm get older......i will be stronger.....~~~
di mulakan dengan nama Allah. Dan Bermulalah blog ini..hehe~~
1st buat blog, jadi belasah jelah apa yang ada dulu. Nanti nanti baru upgrade cket2. Blaja cket dlu nanti lama lama jadi cam gunung gak insyaAllah.
BlogBelasah Jelahmerupakan satu medium untuk menyampaikan apa yang kitorang ada setakat ni. Disebabkan tak boleh nak cakap depan orang, jadi gunalah blog..huhu~~
Kitorang akan maen je post apa yang kitorang rase nak share. Kitorang maen belasah je pape tapi ada laa limit die. Tak boleh maen taram ikut suke hati je ;p