Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
February 8, 2011

Pesan Ibu Beribu Ribu

Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.

Setiap langkah kita 
diiringi pesanan ibu
"buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang yang punya petunjuk
tolaklah kawan penagih rokok."

ibu yang satu 
menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
"jagalah diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu."

Kita menjadi jemu
mendengar pesanan ibu beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu 
"jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu."

Suatu senja 
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa masuk perangkap
Si bedul sudah ditangkap
Si Bedul masuk lokap

Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
"pilihlah kawan yang bermutu
jangan dipilih kawan berhantu"

Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu
Ya, pesanan ibu.

Ibu, 
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.   

karya Rahman Shaari

Aku selalu dengar sajak ni kat radio time kecil - kecil dulu. Balik sekolah je dengar. Sampai boleh hafal, sikit - sikit. Sekarang aku terkenang balik. :)

Siapa ada video/mp3 sajak ni? Aku tanye serius ni. Aku dah cari tak jumpa. Kalau anda semua ada aku nak. Pleaseeee!!

6 comments:

  1. hahaha...siapa penulis ni?maksud saya,yang tulis entry ni..minat betul saudara dengan puisi ni ya.but yeah,i love it to.simple but nice,very nice..ibu kita satu..sayang ibu..=')

    ReplyDelete
  2. ada budak kecil perempuan pernah deklamasikan sajak ni..im dying to watch that video back..back i forgot the title..i'd searched at google and youtube, but still could not find it..anybody know bout that video, pliz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Pernah tengok kat tv dulu. Huhuhu. Sapa2 jumpa gitau ek

      Delete
  3. yup..sgat best sajak ni..saya pon cari video tuk sajak ni tpi xjumpe..tpi that gurl yg deklamasi sajak ni ialah Intan Indahati..

    ReplyDelete
  4. ni sajak prof rahman shaari :) i'm intan indahati btw. dah besar dah :P

    ReplyDelete
  5. Sajak ini yang dideklamasikan oleh budak kecik tu dulu slalu dimainkan di tv rtm... tadi masa tgh memandu pulang dr sibu dgr sajak ni dimainkan kat Sarawak FM... dh lama crik rakaman tu kat Utube tapi tak jumpa2 jgak huhu... mybe kte kne pg mtk kt rtm bru dpt hihi

    ReplyDelete