Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
June 4, 2011

Bentuk - bentuk kebaikan.

Bismillahirrahmanirrahim.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Freimann : Boleh ke tak solat tapi buat baik kat semua orang? Tak solat urusan aku dengan Allah, tapi dengan manusia aku buat baik.


Abdülhey : Adakah kau nak justify yang kau tetap baik walau kau tak solat?

Freimann : Lebih kurang la..


Abdülhey : Maybe kita kena check balik apa Allah kata pasal kebaikan.
Kebajikan (kebaikan) itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu adalah beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat - malaikat, kitab - kitab, dan nabi - nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang - orang miskin, orang - orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta - minta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, orang - orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang - orang yang benar, dan mereka itulah orang - orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah, 2:177)
 Ayat ni menyatakan bahawa orang yang memiliki semua sifat di atas ni, telah masuk ke wilayah Islam dan mengambil SEGALA BENTUK KEBAIKAN.


Freimann : Habis tu aku ni tak cukup baik la? Aku belanja member makan, sedekah orang miskin, banyak lagi la aku buat! Takkan tak cukup lagi?



Abdülhey : Baguslah kau dah buat macam tu, tapi....


Freimann : Apa tapi - tapi?


Abdülhey : Tapi tak COMPLETE lagi. Kau baru buat SALAH SATU jenis kebaikan. Buat la extra sikit. Islam bukan half-half.


Freimann : Hmm.. Habis tu kena solat jugak la?


Abdülhey : Betul3! Sebenarnya, ayat ni menegaskan kat kita bahawa, kebaikan itu ada 2 macam. Kebaikan dari segi moral dan kebaikan dari segi agama. Bila melakukan KEDUA-DUA bentuk kebaikan ni, maka seseorang itu adalah orang yang benar lagi bertaqwa.


Freimann : Tak faham...


Abdülhey : Macam ni, kau ingat bila kau dah sedekah, belanja member makan kau dah habis baik la kan?


Freimann : Haah. Betul kew?


Abdülhey : Kurang tepat lew. Yang kau buat tu adalah kebaikan dari segi moral, macam kau tak mencuri, tak pukul orang lain, tolong orang tua lintas jalan, belanja aku makan..


Freimann : Erk!


Abdülhey : Tapi kebaikan dari segi agama kau abaikan. Kau buat perbezaan. Padahal tak! Sebab tu aku cakap agama bukan half-half.


Freimann : Oww gituww.. So kena solat la ni?


Abdülhey : Yep, bukan solat je, semua kebaikan dari segi agama kena buat. Macam ayat yang aku cakap tadi, kena beriman kat Allah, malaikat - malaikat, kitab - kitab, nabi - nabi, bayar zakat, banyak lagi la..


Freimann : Ok, thanks, aku dah faham. InsyaAllah aku cuba upgrade lagi amal - amal aku.


Abdülhey : Aik, cepat gila faham, macam tak logik je dialog macam ni.. Ok lah, bagus la dah faham. Minta kekuatan untuk istiqamah dari Allah.


Freimann : Standard la bro! Last, apa maksud pada ayat last tu? Mereka itulah orang - orang yang benar, dan mereka itulah orang - orang yang bertaqwa...


Abdülhey : Menurut tafsir Ibnu Kasir, "mereka itulah orang - orang yang benar" maksudnya, seseorang yang mempunyai sifat - sifat kebaikan tersebut adalah orang yang IMANNYA BENAR. Mereka mewujudkan keimanan HATI melalui UCAPAN dan PERBUATAN.


Freimann : Ohh, jadi orang yang benar iman dia akan melakukan kebaikan dari segi moral dan agama la? Kalau bertaqwa pulak?


Abdülhey : Tepat sekali! Kalau "mereka itulah orang yang bertaqwa" membawa maksud seseorang yang mengamalkan segala bentuk kebaikan tersebut adalah orang yang bertaqwa, kerana menjauhi hal yang diharamkan, dan melakukan berbagai macam ketaatan.


Freimann : Macam tu ke rupanya.. Tengkiu bro! Jom solat, pastu aku belanja kau makan Nasi Goreng Jerman kat Azchaban.


Abdülhey : Aku nak Nasi Goreng Turki, ada tak?


Freimann : Entah, kau pun dah melalut ni. Kita end la yew.


Abdülhey : Ok2. Jom pergi masjid Ciseke.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------






.BS.

0 comments:

Post a Comment