سبحان ربي العظيم
Maksudnya : "Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia"
(Riwayat Muslim no.1850)
Menurut hadis, adalah dilarang membaca apa jua ayat al-Quran semasa rukuk, sebaliknya waktu rukuk dibaca doa memuji dan membesarkan Allah s.w.t sebanyak mungkin.
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud : "Ketahuilah sesungguhnya aku telah dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk, maka agungkanlah Allah s.w.t, manakala ketika sujud, berusahalah dengan doa - doa kerana waktu itu yang lebih baik untuk dimakbulkan (doa) bagi kamu." (Riwayat Muslim no. 479 dan 1348)
Bacaan semasa sujud
- Diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa semasa Rasullullah s.a.w sujud dan rukuk, baginda memperbanyakkan bacaan berikut :
سبحانك اللهم ربنا وبحمدك اللهم اغفرلى
Maksudnya : "Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan kami dan segala puji bagi-Nya.
Ya Allah ampunkanlah daku."
(Riwayat al-Bukhari no.784, Muslim no.1113)
- Atau Nabi s.a.w membaca tasbih berikut sebanyak tiga kali :
سبحان ربي الاعلى
Maksudnya : "Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi"
(Riwayat Muslim no. 1850)
- Selepas membaca tasbih di atas, baginda s.a.w juga kerap membaca doa ini :
سبوح قدوس رب الملائكة والروح
Maksudnya : "Maha Suci Allah daripada segala sesuatu yang mengurangkan-Nya
dan Maha Berkat, Tuhan malaikat dan roh."
(Riwayat Muslim no. 1119)
* copy paste sebijik dari Majalah Solusi isu no. 23 | 2010
* extra. video orang yang meninggal dalan keadaan sujud.
Marilah beramal dengan Islam yang sebenar.
0 comments:
Post a Comment