Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
April 30, 2011

Tingkat Kesabaran


Berapa lama mahu bersabar

Sampai tahap mana perlu sabar

Tahap sabar level 4
Setiap cabaran, setiap rintangan, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita perlukan kesabaran.

Ujian terhadap kesabaran kita ada tingkatannya. Dan tingkatan itu mengikut keadaan, kemampuan dan keupayaan diri kita pada masa itu. Mari lihat hadis ini:

Dari Abudullah bin Mas’ud, ia berkata, “Saya masuk ke tempat Rasulullah saw. sewaktu beliau sedang sakit panas, kemudian saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau benar-benar menderita sakit yang panas.’ Beliau berkata,’Benar, sakit panas yang saya derita ini dua kali lipat lebih panas daripada yang biasa diderita kalian.’ Saya bertanya,’Kalau begitu, engkau mendapat pahala dua kali lipat juga?’ Beliau menjawab, ‘Benar, memang demikian. Seorang muslim yang tertimpa suatu kesakitan, baik itu tertusuk duri maupun lebih dari itu, niscaya Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya dan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana daun-daun yang berguguran dari pohonnya.’” (HR Bukhari dan Muslim)

Lihat dari hadis ni, tingkat ujian seseorang itu tergantung pada tingkat keimanan diri orang itu. Sama juga seperti peperiksaan- peperiksaan di sekolah, antara soalan peperiksaan sekolah rendah dengan soalan peperiksaan sekolah menengah, pastinya berbeza kerana mempunyai tingkat yang lain.

Ada satu peribahasa, “Semakin tinggi suatu  pohon, semakin kencang angin bertiup”. Bertambahnya umur, bertambahnya tanggungjawab, jawatan semakin tinggi, pelajaran tahap tinggi, semuanya rintangannya akan tinggi dan bertambah. Begitu juga ujian kesabaran diri kita, ia berdasarkan keupayaan, kemampuan dan keimanan diri. Allah Maha Mengetahui segala tentang makhluk-Nya, Dia memberi sebesar dan seberat ujian mengikut keadaan semasa untuk meningkatkan keimanan terhadap-NYa.

Apabila kita berada pada satu tahap tingkatan, kita akan diuji pada tingkatan itu untuk dinaikkan tingkat ke satu tahap lagi.

Tahan sampai nak pecah kepala
Sudah Tahap ‘Limit’ bersabar

Kita adalah manusia.

“Aku dah tak tahan dah dengan kau, dah lama aku sabar!!!”

“weh, ko ni kan @*^%$#@)$(&^%$O*#!!!!......macam %&^@#$^*!!!!...”

Adakah sabar mempunyai limit? Sampai mana tahap kesabaran?

Kata orang, sabar itu seperti tangan memegang bara api, jika ingin terus menyala apinya ia harus sanggup merelakan tangannya terbakar. Jika tiada kesanggupan untuk menahan bara api itu, terpadamlah api itu dan kalah dalam perjuangkan bara api. Kehilangan sabar adalah hanya mengikut nafsu dan ia juga akan dicucuk lagi oleh syaitan untuk meningkatkan lagi amarah yang sedia ada. Hilang semua apa yang pernah dilakukan, seperti tiada guna tidak mendapat apa-apa dari kesabaran selama ini.

Jadi apa yang boleh dilakukan setelah hilangnya kesabaran. BerISTIGFAR, berMUHASABAH, berMAAFAN dan diULANG.

BerISTIGFAR memohon keampunan kepada Allah pada apa yang telah dilakukan.
BerMUHASABAH memikirkan semula tindakan itu betul atau salah.
BerMAAF – maafan kepada yang telah dicaci di marahi.
DiULANG semula sabar dari permulaan.

Ia seperti mengambil satu ujian dan selepas itu gagal dalam ujian tersebut, dan diberi masa untuk ulangi ujian tersebut lagi. Kita sudah tahu soalan apa yang keluar, kita hanya perlu ulangi sekali lagi. Begitu jugalah dengan sabar.

Kesabaran itu tiada titik akhir. Ia berhenti apabila diri sudah tiada lagi.

Ingatlah, orang yang sabar diberi ganjaran, orang yang sabar ditinggikan, orang yang sabar dimuliakan. Apabila mendapat satu musibah atau ujian, ucapkanlah “Innalillah wa inna Ilaihi raji’un” (Kita berasal dari Allah dan kepada Allah pula kita dikembalikan)

Zikir dan doa lah kepada Allah untuk mengawal kesabaran, seperti mana Nabi Nuh berdoa pada Allah terhadap kaumnya yang ingkar.
























- bile nk tukar layout ni..sabar je laah
- post pasal sabar lagi..sabar jelah
This post was posted by TerMa~~

2 comments:

  1. layout korang cam imut2 gittew..tapi nama blog ganas haha. korang ni pria kan, tapi asal gambar profile muslimah. gambar bakal bini ke? haha sabar je la~ :p

    ReplyDelete
  2. (^_^)Y

    xdpt yg btol gambar po bole huhu sabar2.....

    ReplyDelete