Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
January 26, 2011

Uprising


  Selepas melihat kejayaan Revolusi Jasmin di Tunisia, satu demi satu negara jazirah Arab mula bangkit. Antaranya Algeria, Jordan, Mesir, Yaman dan lain - lain. Di sini nak highlight apa yang berlaku di Mesir.


   Kematian Khaled Said, 28 tahun menyebabkan pemberontakan menentang kekejaman polis berlaku. Beliau ditangkap oleh pihak polis kerana telah memuatnaik sebuah video berkenaan salah laku polis yang mengagih - agihkan dadah yang dirampas sesama mereka.

   Ramai saksi melihat bahawa Khaled telah disepak terajang, dihentak kepala ke dinding sampai datang ajal. Namun apabila dibawa ke muka pengadilan, polis terbabit hanya dikenakan hukuman atas tindakan 'menggunakan kekerasan' dan 'memberkas tanpa kesalahan'. Tiada kesalahan membunuh!

   Dah muak tengok ketidakadilan polis, tindakan tidak berperikemanusiaan mereka dan lain - lain, maka rakyat Mesir mahu melihat kejatuhan polis Mesir. Mereka ingin melihat keadaan di Mesir 30 tahun dahulu, dimana 'undang - undang darurat' tiada dan mereka berhak memilih presiden mereka dengan benar.

   Di Mesir, banyak tempat telah mengadakan perhimpunan secara senyap bagi membantah kekejaman polis. Undang - undang darurat tidak membenarkan adanya perhimpunan beramai - ramai. Perhimpunan senyap yang mereka buat adalah dengan ribuan rakyat Mesir berbaris dalam jarak 5 meter, berdiri dan membaca al-Quran atau Bible mereka.

   Pada masa yang sama memakai baju hitam, melambangkan kesedihan mereka atas negara sendiri dan keatas rakyat Mesir. Dengan ini, mereka sama sekali tidak melanggar undang- undang darurat.


   Namun begitu, ada juga yang kena tangkap, disepak dan ditumbuk oleh polis untuk menghalau mereka. Ada di kalangan mereka perempuan!

   Selain mahu menjatuhkan kuasa kejam polis, protes juga ditujukan terhadap undang - undang darurat, pengangguran, gaji yang rendah, inflasi, rasuah, kurang kebebasan bersuara dan kemiskinan. Misi utama adalah untuk menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak yang memegang tampuk kuasa dah lebih 30 tahun. (lagi lama dari Mahathir beb!)

  Sumber :
1. Wikipedia
2. Elshaheeed
3. Facebook

p/s: kenapa nak tahu benda ni? sebab kita kena alert dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. global sikit otak tu!

p/s.s: bila usrah/taklim boleh kongsi tentang hal ini.

p/s.s.s : nak tambah boleh, komen kat bawah.

Muse : Uprising

4 comments:

  1. as muslims, we gain nothing from this uprising roar..ben ali still runs away with money, the police are still with their unconditional brutality and the people still suffer both from deaths and poverty...too bad, most of us can only sit and watch while praying silently for them...

    ReplyDelete
  2. are you sure we moslems gain nothing?

    the protest is to bring justice, peace and rights.
    they didnt aim for the money etc.
    the leader falls with what he built.

    at least we pray for them. let them fight for their nation, their country. we here must do what the best we can do.

    as a student, did you find struggling in learning, exams etc is a few of our action to support them?

    ReplyDelete
  3. thanx 4 ur respond.i will keep that noted in my mind:). but heres what i think...is it really worthy for lives been sacrificed for protests? does protests always have to be ended with painful deaths to wake people up?as a a muslim i think what we need is to find another way to show protests without spilling another blood of innocence...and thats purely what ive been trying to do...:)

    ReplyDelete
  4. you are the most welcome.

    here's my answer, my opinion. open to be discussed.
    Q: "is it really worthy for lives been sacrificed for protests? does protests always have to be ended with painful deaths to wake people up?"

    A: i myself also don't know that the death during protest etc is worthy or not. sometimes people react more recklessly when they're in anger. and the end is death.

    we must come into conclusion by what our prophet thought us. bring peace, practice our religion at all cost, be humble etc. build islam from within ourself, then we can influence people.

    actually there's more that i want to write here. i hope that i will made it complete by another posts or simply just discussing with you.

    thx a lot!

    ReplyDelete