Spontan = bukan dengan paksaan, tetapi dengan desakan gerak hati sendiri sahaja; berlaku atau tercetus dengan sendiri (tanpa ada paksaan atau setelah dirancang-rancang) [Kamus Dewan]
January 28, 2011
Info Solat
Bacaan semasa rukuk
سبحان ربي العظيم
Maksudnya : "Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia"
(Riwayat Muslim no.1850)
Menurut hadis, adalah dilarang membaca apa jua ayat al-Quran semasa rukuk, sebaliknya waktu rukuk dibaca doa memuji dan membesarkan Allah s.w.t sebanyak mungkin.
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud : "Ketahuilah sesungguhnya aku telah dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk, maka agungkanlah Allah s.w.t, manakala ketika sujud, berusahalah dengan doa - doa kerana waktu itu yang lebih baik untuk dimakbulkan (doa) bagi kamu." (Riwayat Muslim no. 479 dan 1348)
Bacaan semasa sujud
January 26, 2011
Report repot
Uprising
Selepas melihat kejayaan Revolusi Jasmin di Tunisia, satu demi satu negara jazirah Arab mula bangkit. Antaranya Algeria, Jordan, Mesir, Yaman dan lain - lain. Di sini nak highlight apa yang berlaku di Mesir.