Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
April 9, 2011

Kalau






“Kalaulah aku bangun awal, bolehlah aku mandi”

“Kalaulah aku bawak motor hati-hati tadi, xlah jatuh “

“Kalaulah aku pergi hantar service motor dulu, tak payahlah aku susah2 tolak motor sekarang ni”

“Kalaulah aku makan banyak tadi, xlah aku lapar sekarang”

“Kalaulah aku tido tadi malam lama sikit, xlah mengantuk sangat sekarang”

“kalaulah aku belajar betul- betul, tak la dapat result cam ni”

“kenapalah aku buat macam tu tadi, kalau aku buat cam ni kan lagi bagus”

“Kalaulah aku ikut cakap dia, tak lah jadi macam ni”

Berapa banyak kalau nak cakap ni daaaa.
Kenapa kita asek kate “kalau”, kalau kita tak dapat apa yang kita nak dapat, tak puas hati dengan apa yang dah dapat, rasa tak cukup apa yang kita dah buat, kita sesal ape yang kita dah lakukan atau pon kita tak nak terima ape yang kita dah terima.

KENAPAKAH??apsal banyak kali “kalau”?

Cuba kita berfikir sejenak, apakah maksud perkataan “kalau” ini? Adakah “kalau” ini bermaksud kita tidak redha dengan ketentuan Allah SWT atau penyedap ayat saje?

“Eh..takdelah2….penyedap kata jer…”ini mugkin ayat kita akan jawab. Betul ker penyedap kata saje?tiada niat lain selain menyedapkan sebuah ayat? Ya, mungkin memang untuk melengkapkan suatu ayat atau memang untuk mengatakan tidak reda atas ketentuan yang berlaku. Kedua-dua pon boleh berlaku, ia berdasarkan NIAT seseorang itu.

Di sini, mari kita berfikir kenapa selalu cakap “KALAU” dalam kehidupan sehari-harian. Sebenarnya, apa yang nak cube sampaikan di sini adalah meREDHAI apa yang telah ditentukan pada kita. Semua yang berlaku insyaallah ada hikmahnya pada kita, walaupon yang berlaku pada kita itu perkara yang kita kurang senang, mungkin pada hari nanti ia akan menjadi kebaikan kepada kita, dengan cara mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku untuk memperbaiki diri pada masa depan. Tidak semua perkara yang baik itu akan baik selamanya, sama juga dengan perkara yang buruk itu akan buruk selamanya. Semua atas ketentuan Tuhan Yang Maha Esa.

Perkataan “kalau” itu timbul setelah kita melakukan suatu pekerjaan, kita dah buat sesuatu lepas tu tak puas hati dan timbul la “kalau” itu..

“Huuuuh…..ALAMAK tetido pulak!!keje tak siap lagi nie…adieh~~`..alang2 tak siap nie tido jer laa balik…”

If I know your birthday, i......


Melakukan kerja perlulah dengan bersungguh-sungguh. Contohnya study or main game (futsal, badminton dan macam-macam lagi). Belajar buat dengan betul2, main dengan main baik2. Setiap apa pekerjaan yang kita lakukan, tak kira perkara itu susah atau pun mudah, buatlah ia dengan bersungguh-sungguh. Bukan takat bersunguh-sungguh saje yang kita perlu lakukan, kita juga perlu RAJIN untuk mencari bahan yang perlu ada dalam suatu perkara, TEKUN membuat sesuatu sampai tak perasan apa yang berlaku kat sebelah dan SEMANGAT tak putus asa dipertengahan jalan, terus mencari jalan untuk menyelesaikan suatu masalah.

“adieh…kalah pulak main game tadi penat je aku main, kalaulah tadi aku guna strategi yang tu mesti boleh menang senang punyelah..takpelah..lain kali cube guna pulak..”

Mungkin kita rasa sudah buat yang terbaik dalam belajar atau yang lain-lain, tapi apa yang kita dapat tak memuaskan kita. Mungkin juga kita belajar sama-sama dengan kawan kita, tapi keputusan lain-lain, satu tinggi satu rendah. Sesuatu perkara yang berlaku ada hikmahnya, kita rasa dah terbaik, tapi hakikatnya belum memadai lagi. Di sini, kita perlu reda dengan keputusan itu dan pada masa depan, kita perlu tingkatkan usaha lagi. Kita memang belajar sama-sama dengan kawan, tapi mungkin kawan kita itu tambah usaha dia belajar masa porang lain tido.

Apa yang penting, seseorang itu perlu RAJIN, TEKUN, BERSUNGGUH-SUNGGUH dan SEMANGAT untuk melakukan suatu perkara.

"Kalau" ni boleh.......

Redha dengan apa yang Allah beri pada kita, sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang DIA berikan. “Sesungguhnya Allah Azza Wajalla menguji hambanya dalam rezeki yang diberikan Allah kepadanya. Kalau dia redha dengan bagian yang diterimanya maka Allah akan memberkahinya dan meluaskan pemberianNya. Kalau dia tidak redha dengan pemberianNya maka Allah tidak akan memberinya berkah”. (HR. Ahmad)

Jika mereka sungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, dan berkata: "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari karunia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah", (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).

“….. Jika engkau terkena suatu musibah, maka janganlah engkau berkata, ‘andaikata aku mngerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu’. Tetapi berkatalah, ‘ini adalah takdir Allah, dan apa saja yang dikehendaki-Nya maka tentu Dia melaksanakannya’, karena sesungguhnya ucapan “andaikata” itu membuka pintu godaan setan”. (HR Muslim)

Doa lah kepada Allah SWT, jauhkanlah kita dari perasaan dukacita dan susah, jauhkanlah kita dari sifat malas dan lemah, supaya kita sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan baik dan betul serta tidak mengeluh pada kemudian hari.













-buatlaaa yang terbaek untuk mendapat yang terbaik untuk diri anda
-buat sehabisnya, tidak kesal akhirnya
-mari baca buku~~~~ :p

TERuna skeMA post

8 comments:

  1. mungkin masih boleh diterima jika kita mengungkapkan 'kalau' ini sekarang, boleh dijadikan pengajaran utk mnjdi lebih baek di masa dpan...masih ada masa untuk kita betulkan ape2 yg salah

    tapi, jgn sampai di akhirat nanti kita ungkapkan "kalaulah masa di dunia dulu aku buat begitu, mesti x jd macam ni..."

    ReplyDelete
  2. yup2..btol tu..muhasabah diri utk baiki diri

    "kalau" yg digunakan ni adlah kesal dgn perbuatan sndri -> setan mmpermainkan diri utk tidak redha dgn ketentuan Allah

    Jadi buat semaksimal mgkin dlm pekerjaan/kebaikan/amalan...nti kt akhirat x nyesal :)

    ReplyDelete
  3. haha..kantoi tak mandi...=)
    gurau je ek...

    tapi bukan manusia tu memang perangainya selalu menyesal kan? kalau tak menyesal tak tahu buat salah kan?

    ReplyDelete
  4. sejuuukkk..jd xmandi laa hahhah


    nyesal mmg bleh tp biar disertai tndakan yg benar@ muhasabah mnjadi lbih baik
    nyesal yg smpi x redha dgn ktentuan Allah (time nyesal ni setan mmg ganggu) tu yg xmo..

    buat yg terbaik, dpt hasil terbaik..insyaAllah

    mahu yg terbaik, tp buat dgn sambil lewa tidak berusaha maksimal...xusah mnyesal akhir nti sbb diri sndri tidak lakukan terbaik

    sy ulang kmbali hadis
    "...karena sesungguhnya ucapan 'andaikata' itu membuka pintu godaan setan" (muslim)

    ReplyDelete
  5. diwajibkan atas kamu berperang ,padahal itu tidak meneyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui (2:216)

    sharing sikit..dalam kehidupan kita nie,Allah sentiasa beri kita apa yang terbaik pada waktu dan ketika itu..even kita kemalangan jalan raya,itu adalah terbaik pada waktu tu.sebab apa?sebab Allah Mahu Tahu sedangkan kita hanya ber`kalau` sentiasa..so,kita ubah pemikiran kita untuk sentiasa cari apa je tarbiyah yang Allah bagi untuk setiap kejadian yang berlaku..wallahualam..=)

    ReplyDelete
  6. okay baru dpt komen

    Kesimpulannye, kembali kepada Allah, dlm semua benda yang kita buat... sbb pokoknya dari situlah kekuatan kita. Kita kuat bukan sebab kita makan banyak, rajin exercise ke apa.
    Kita kuat sbb hbgn dgn Allah tu yg kuat
    Tapi kalau dah rasa diri hebat, mcmmana nak berdoa kat Tuhan kalau rasa diri dah serba cukup....
    @.@
    em xtaula ada kaitan ke x dgn post di atas


    jzkk atas peringatan

    p/s rajin sungguh menghapdet ye
    p/s2 x puas hati, x bg ucapan masa hari ukhuwah BAIK

    ReplyDelete
  7. (^_^)v


    zzzzzzzzzzzzz.....~~~~~~

    ReplyDelete