Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
April 21, 2011

Semuanya asset




Ini adalah asset 


Banyak asset kita dalam dunia ni. Asset itu bukan sahaja dalam bentuk harta, barang atau mata wang, tetapi ia juga terdapat dalam kehidupan persekitaran kita. Tidak kira baik atau buruk, semuanya asset kita.

PenCURI yang mencuri sebagai asset kita.

PenYOMBONG yang menyombongkan diri sebagai asset kita.

PeMARAH yang sentiasa marah sebagai asset kita

EGOis yang menunjukkan egonya sebagai asset kita.

PeremPUAN cantik yang memaparkan kecantikan sebagai asset kita.

PengKUTUK yang selalu kutuk sebagai asset kita.

PenGEMIS yang asyik-asyik meminta-minta sebagai asset kita.

Mana taknya mereka ini bukan asset kita. Kalau mereka ini tiada, mugkin terdapat beberapa perkara yang kita dapat buat.

simpan baik-baik, guna baik-baik

Pencuri yang mencuri barang kita, kasut ker baju ker selipar ker, kalau mereka curi, bolehlah kita beli yang barukan, mungkin dapat yang lagi BAGUS. Bila lagi kita nak beli yang baru kan, asek-asek pakai yang sama jer.

Orang-orang yang sombong, yang selalu marah, yang egonya tinggi, orang-orang yang cam nie memang selalu membuatkan orang yang berada di sekitar mereka merasakan tidak senang hati. Tapi dengan merekalah, kita boleh menguji kesabaran kita, berapa meningkatkan tahap keSABARan kita. Kalau mereka tiada, tak meriah juga hidup ni.

Bagi lelaki, untuk menguji keIMANan, bagaimana mahu menjaga penglihatan memerlukan satu rintangan. Jadi, perempuan lah rintangannya. Perempuan sangat penting dalam hidup ini, kalau mereka takde, camne lah nk hidup.

Orang yang suka sangat mengutuk atau mengkritik secara pedas pon asset kita. Orang cam mereka nilah yang selalu membuatkan kita bersabar. Selain itu, kita pon boleh tau apa-apa kelemahan pada diri ni, boleh perBAIKI diri,  orang camni memang selalu kutuk pasal kesalahan dan kelemahan yang kita buat.

Setiap hari kita boleh bersedekah kalau setiap hari kita jumpe pengemis. Itulah pentingnya pengemis dalam hidup kita. Kadang-kadang kita tak tahu nak salurkan SEDEKAH dekat mana, jadi senang-senang, bagi je kat pengemis.

Banyak lagi yang kita boleh jadikan asset kita, bukan setakat yang ditulis ini saja. Setiap yang berlaku ada kebaikannya. Mungkin saja kita yang tidak tahu.

 Ambilah sebanyak yang mungkin hikmah dalam perkara yang berlaku pada kita. Perkara yang berlaku pada diri kita yang baik mahupun yang buruk, semuanya terdapat hikmah yang tersembunyi.

Semua yang dijadikan sekeliling sebagai hikmah bagi kita untuk mendekatkan diri pada Yang Maha Esa.

























adakah semua asset ni kena jaga? =_=??
Kehidupan itu ujian, adakah kita semua sudah pas??
di tulis oleh TerMa~~


-   





-      

1 comments:

  1. pokoknya, bersikap optimis la pada janji2 Allah... (bak kata kak ije..)=)

    ReplyDelete