Berapa lama mahu bersabar
Sampai tahap mana perlu sabar
Tahap sabar level 4 |
Ujian terhadap kesabaran kita ada tingkatannya. Dan tingkatan itu mengikut keadaan, kemampuan dan keupayaan diri kita pada masa itu. Mari lihat hadis ini:
Dari Abudullah bin Mas’ud, ia berkata, “Saya masuk ke tempat Rasulullah saw. sewaktu beliau sedang sakit panas, kemudian saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau benar-benar menderita sakit yang panas.’ Beliau berkata,’Benar, sakit panas yang saya derita ini dua kali lipat lebih panas daripada yang biasa diderita kalian.’ Saya bertanya,’Kalau begitu, engkau mendapat pahala dua kali lipat juga?’ Beliau menjawab, ‘Benar, memang demikian. Seorang muslim yang tertimpa suatu kesakitan, baik itu tertusuk duri maupun lebih dari itu, niscaya Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya dan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana daun-daun yang berguguran dari pohonnya.’” (HR Bukhari dan Muslim)
Lihat dari hadis ni, tingkat ujian seseorang itu tergantung pada tingkat keimanan diri orang itu. Sama juga seperti peperiksaan- peperiksaan di sekolah, antara soalan peperiksaan sekolah rendah dengan soalan peperiksaan sekolah menengah, pastinya berbeza kerana mempunyai tingkat yang lain.