Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
March 17, 2011

Tsunami: hulurkanlah tangan





Pada 11 Mac 2011, Negara yang dikenal sebagai matahari terbit dikejutkan dengan satu gempa bumi. Jepun dilanda bencana alam ini yang sebesar 8.9 skala Richter yang menghasilkan tsunami setinggi 10 meter skali menggemparkan dunia. Gempa bumi yang tidak disangka-sangka ini adalah yang terbesar yang pernah melanda Jepun. Bukan gempa bumi dan tsunami sahaja, bahkan Jepun menghadapi masalah radiasi nuclear.

Bencana ini dijadikan tajuk utama setiap akhbar. Pelbagai cerita dipaparkan.

Ada yang cerita tentang kestabilan ekonomi Negara , adakah saham akan jatuh? Adakah harga barang akan naik?

Ada juga yang buat karikatur antara ikon kartun yang melambang Jepun dan bencana alam yang melanda Negara itu.

Artis kesayangan semua hilang tidak dapat dihubungi!! Pelakon aksi selamat dari tsunami!!! Yang ni kalau tidak ada tak sah.

Negara matahari itu dilanda bencana, ada pula orang yang kritik, dikatakan sebab bencana ala mini berlaku kerana tidak menjaga alam sekitar. =_="

Apa-apa pun, ucapkan takziah pada mereka dan hulurkanlah bantuan sedaya yang mampu.

“Sesiapa yang tidak mahu menyayangi, maka ia pun tidak disayangi” (HR Bukhari)

Tunjukanlah kasih sayang anda pada manusia sejagat dengan PEDULI dan AMBIL TAHU tentang mereka.

Allah sahajalah yang membalas segala kebaikan.






post oleh ASina

-cibuk smpi xupdate bende2 penting huhu

2 comments:

  1. suka perkataan peduli dan ambil tahu tu..thanx 4 ur reminder..=)

    ReplyDelete
  2. ketidakpedulisme itu akan menyusahkan anda juga nanti..
    orang yang tidak peduli akan ditidakpedulikan...

    ReplyDelete