Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
May 4, 2012

insya Allah, insya Allah


Letaknya Insya Allah



Insya Allah, satu perkataan yang sering didengar, boleh dikatakan antara perkataan yang paling popular disebut orang.
           
  Satu orang berkata, “Man, esok aku de buat makan makan siket kat rumah aku, datang laa, pukol 8 malam”, Man menjawab, “okeh! insyaAllah aku datang nye!”
          
  “ esok kita akan adakan perjumpaan pukul 5 pm kat warung tu, ok ye sume”, seseorang berkata,”insya Allah ok”, sorang menjawab.

Hampir setiap kali perjanjian akan kedengaran perkataan insya Allah ini. Dah sinonim dengan masyarakat kita ni. Mungkin mengaplikasikan ayat al-Quran dari surah al-khahfi (18:23-24) yang mengingatkan Nabi supaya mengatakan insya Allah dalam setiap pekerjaan.

Insya Allah atau yg bermaksud ‘dengan izin atau kehendak Allah’, seharusnya kita sering menyebutnya, seharusnya kita sebut dalam setiap pekerjaan, setiap perancangan. Jangan lupa menyebutnya, kerana suatu kepastian itu hanya dari Allah. Allah yang menetap dan menentukan segalanya.
           
  “wey Man, apasal kau tak datang semalam? Aku dah ajak kau kan?”
          
  “lambat kau sampai, kan janjinya pukul 5 pm, ni dah pukul 630 pm. Dah nak abes pon ni..aish kau ni..”
           
  “kan aku kata insya Allah, aku tak janji ape ape”, mereka menjawab.

Di salah erti

Insya Allah diletak pada tempat yang apabila suatu janji yang tidak pasti atau alasan untuk menghindari janji.

“nanti malam main futsal?”

“insyaAllah”

“main ke tak?”

“insyaAllah”

“Nak buat confirmation ni..main ke tak?”

“insya Allah”

“jangan nak insyaAllah, nak tau main ke tak?!”

Makna insya Allah sudah banyak disalah ertikan. Rasanya di nusantara ni sudah menjadi budaya menggunakan kata insya Allah seperti ini. Insya Allah menjadi kata-kata yang akan keluar dari mulut apabila suatu urusan itu tidak pasti akan dipenuhi atau memang berniat tidak mahu lakukannya pon (-.-“). Kata insya Allah hanya menjadi satu alas an apabila orang bertanya kepadanya.

Adakah begitu?

Seharusnya menggunakan perkataan insya Allah bukan hanya ucap atau sebagai alasan, tetapi berusaha kuat dengan sepenuh raga dan hati untuk memenuhinya. Kita tidak tahu sesaat pon apa yang akan berlaku esok hari atau masa depan tentang apa yang akan berlaku pada diri kita. Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu apa yang akan berlaku.

Kepastian hanya pada Allah. Tetapi  Allah telah memberi kita sesuatu yang tiada pada makhluk lain, akal, untuk kita memilih jalan, untuk kita merancang untuk masa depan. Kita manusia mempunyai perancangan, Allah yang mempunyai kuasa untuk tentukan ia terjadi atau tidak. Kata Insya Allah adalah sebagai Kerendahan Hati seorang hamba sekaligus kesedaran pada kekuasaan tuhannya, bukan bongkak dengan perancangan yang diadakan.

Pada doa ziarah kubur, Nabi berkata

“Semoga keselamatan tetap dilimpahkan kepada kalian, wahai penghuni perkampungan kaum mukminin dan muslimin. Kami, insya Allah, akan menyusul.” (HR Muslim)

Kata insya Allah yang disebut menunjukkan satu kepastian. Ini juga bermakna apabila menggunakan ‘insya Allah’, ia menggambarkan sesuatu perkara itu pasti akan dilakukan dengan sepenuh hati, bukan setengah setengah.

Pada suatu pagi, ahmad mendapat satu sms,

“Salam, malam ni free?de hal sikit nak bincang,penting gak lah. Boleh jumpa kat rumah aku pukul 7 malam?”

Ahmad reply, “Wasalam, Insya Allah boleh.”

Ahmad pon bereskan semua tugasan yang harus dibereskan terlebih dahulu, set alarm reminder 
untuk malam ni. Hampir dengan waktu yang dijanjikan ahmad keluar rumah.

“aku naik motor ni,ondeway rumah kau” sms ahmad ke kawannya.
Ahmad pon berangkat.

Dengan ketentuan Allah, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya/tayar motor bocor/satu kereta melanggar ahmad dari belakang/dan lain-lain.

Akhirnya ahmad lambat bertemu dengan kawannya atau tidak dapat bertemu.

Dengan sepenuh hati, bersedia sedaya mungkin, untuk menepati janji, untuk menepati rancangan yang dibuat, tetapi dengan ketentuan Allah lah perkara itu akan berlaku atau pun tidak. Perancangan Allah lagi baik dari perancangan hambanya. Insya Allah, Allah akan balas kita dengan setimpalnya, Allah tidak terlepas pandang usaha kita untuk menepati janji atau perancangan.

Kata Insya Allah adalah satu akhlak bagi seorang muslim. Jadi jagalah kata ini, gunakanlah ia dengan benar, letaklah ia pada tempat yang betul.

Pendek kata, insya Allah
1)Menekankan satu kepastian
2)Menyatakan usaha/kesungguhan untuk lakukan tetapi ketentuan pada Allah
3)Kerendahan hati sebagai seorang hamba


Sekian perkongsian tak seberapa. Salah betolkan ea (^_^)

1 comments:

  1. suke sangat dengan post ni ! mohon kopi pasta gambar tu ye ^_^

    ReplyDelete