Asslamualaikum warahmatullahi wa barakatuh….
Memberi salam adalah yang mulia. Ia amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadisnya. Salah satunya hadis dalam riwayat bukhari, Rasulullah bersabda,
“Salam adalah termasuk salah satu dari nama-nama Allah yang diletakkan di dunia. Sebarkanlah salam di antara kalian,”
Tapi sekarang terdapat hal kecil yang di” trend”kan terutamanya dalam facebook. Tidak tahu sama ada sudah tersebar luas atau tidak, tapi dah nampak banyak (lebih dari 1 ye) yang share post itu. Mereka share tentang “Jangan guna Perkataan ‘Salam’.”
Apa yang dibincangkan adalah tidak boleh pendekkan perkataan Assalamualaikum kepada Salam sahaja, tetapi boleh disingkatkan kepada Assalam. Kalau nak baca penuh boleh ke link ni atau yang ini.