Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
December 20, 2010

Keep walking!

Kadang-kadang, kita merasa diri ini begitu susah nak berubah.
memang hakikatnya begitu, manusia menentang perubahan.
hukum fizik pun dah menyatakan setiap benda akan mengekalkan sifatnya, dan bila ada faktor luar yang nak mengubahnya, dia akan menentang perubahan tersebut.


inersia.
tau kan?



tapi sampai bila kita taknak berubah?
susah sangat ke nak berubah?
sampai bila nak duduk di takuk yang sama?
sampai bila nak malas je memanjang?
sampai bila subuh tu tak bergajah?
sampai bila diri ni nak cari ilmu sendiri, usaha sendiri?
semua asyik disuap.

malu kan?
berubah la weh.
jangan putus asa di pertengahan jalan.
kita banyak bertangguh sebenarnya.

tunggu la kejap, baru azan.
rilek la, malam nanti baru study.
besok-besok la aku tolong kau, aku ada banyak kerja ni.
semalam dah call family, 3 hari lagi la call balik.

sedar ke tak sedar?
bertangguh melakukan perubahan menyebabkan kita memang tak bergerak langsung.
setakat ada kemahuan, nawaitu, keazaman.
tapi sunyi dari pembuktian, perbuatan.
tolong la buktikan!
please la wei, berubahlah ke arah yang lebih baik.
tak payah aim benda besar-besar,

aku nak berubah sebab aku nak isteri solehah
aku nak berjimat sekarang sebab aku nak beli motor tahun depan
aku nak menjaga penampilan sebab aku ni popular.

tak salah pun kalau nak berubah atas sebab-sebab tu.
cumanya, cara kita kadang-kadang tersasar.
nak jadi soleh, terus solat awal waktu kat masjid lima kali sehari.
nak berjimat, sampai makan megi 2 kali sehari, makan tengah hari dan makan malam.
nak menjaga penampilan, punye la beli baju mahal-mahal, perfume sana sini.

betul ke bro?
nak berubah, sikit-sikit la.
pelan-pelan kayuh.
paling penting, start dengan diri sendiri.
dari benda yang kecik sekali.

dari solat tak tepat waktu, improve dengan di awal waktu,
pastu berjinak-jinak dengan masjid.
tu salah satu contoh la.

so my conclusion,
tetapkan matlamat nak berubah, dan mulakan dari diri sendiri, tumpukan kepada perkara-perkara yang kecil dulu. insyaAllah matlamat besar akan tercapai.

wallahua3lam.

4 comments:

  1. hohoho
    selamat menulis krew2
    belasah je lah:D

    ReplyDelete
  2. belasah je buat blog nie heeee ;p

    ReplyDelete
  3. ingatkan nak kata berubah sebab nak isteri solehah.
    haha

    btul2. istiqamah walaupun sikit

    ReplyDelete