Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
April 17, 2013

Hidup

Hidup bermula bersama orang sekitar kita


Di Bumi yang terpapar yang di cipta oleh Tuham Yang Maha Pencipta, Maha Agung, kita pinjam untuk duduki atau tinggal buat sementara sebelum ke alam yang kekal. Kita hidup bukan seorang diri, kita hidup beramai-ramai, dengan pelbagai kaum, ras, warna, pelbagai juga ragamnya.

Untuk mendirikan sebuah kejayaan dalam apa-apa pun, kita perlukan orang lain, kita perlukan ibu bapa, adik beradik, sedara mara,jiran-jiran, kawan-kawan maupun orang jalanan.

Tetapi

Janganlah engkau terlalu mengharap, nanti engkau kan kecewa, jika tidak mencapai apa yang diharapkan

Janganlah engkau berprasangka buruk, nanti mungkin benar benar berlaku, kerana setiap perkataan itu doa

Janganlah engkau berhasad dengki, nanti ada yang terluka, menyebabkan simpan dendam dalam hati

Janganlah engkau mencaci maki, nanti simpan dalam hati, hingga bawa sampai mati

Janganlah engkau beremosi tinggi, nanti banyak yang jauhi diri, hiduplah engkau seorang diri

Fikirlah

Kita hidup berkelompok, pastinya akan ada perselisihan, kesalahan, permasalahan, atau konflik

Jadi

Jadilah seorang yang pro aktif, lakukan sebelum mahu yang lain lakukan, nanti insyaAllah akan di ikuti

Jadilah seorang yang berprasangka baik, berfikir positif ada baiknya, sebab tidak tahu apa yang berlaku 
sebenarnya

Jadilah seorang yang murah hati, nanti ada yang senang, menyebabkan kita dibantu orang

Jadilah seorang yang sopan santun, bicara lemah lembut, buat teladan bagi generasi yang mendatang

Jadilah seorang yang penyabar, sabar itu tiada had nya, sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar

Hidup

Hidup bukan sendiri, berjaya bukan dengan sendiri
Berdiri berjalan, bukan belajar sendiri
Melainkan ada yang mengajari
Sampai bisa hidup berdikari



(^=^)
January 21, 2013

Baik je selalu


Mulakan dengan basmallah,
Usaha lakukan apa yang direncanakan,
Apa yang terjadi, InsyaAllah,
Segalanya ada kebaikan

Selalu fikir positif, bila berlaku ujian mahupun musibah, SABAR N POSITIF!!


Bagi orang yang beriman semua kejadian baik baginya

Rasulullah SAW bersabda : "Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, karena segala perkaranya adalah baik. Dan ini tak terjadi kecuali bagi seorang mu'min
Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur maka hal itu baik baginya. 
Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar maka hal itu baik baginya."
(HR. Muslim)

Senyum sampai maksimum :))))))))))

December 26, 2012

Puisi: Mata Kecilku oleh Afdlin Shauki





MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara


Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku


Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dengan kesenangan
Kau sayangkan aku


Aku leka dengan hidup dunia
tiada syukur tersemat didada
hari - hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku


December 20, 2012

Sekarang Musim Hujan

Jalan Sukajadi, Bandung

Sekarang musim hujan. Petang sikit dah hujan. Baguslah.

Sekarang musim hujan. Musimnya batuk pilek. Jaga kesihatan.

Kadang kadang banjir kilat. Sampah dimana - mana. Persekitaran tercemar. Sakit mata melihat.

Sumber air jadi kurang bersih. Kedai jajan dan kedai tepi jalan tetap ada pelanggan.

Musim hujan. Kebersihan makanan belum pasti. Air kotor, boleh saja kalau ada leptospirosis. Boleh saja kalau nak kena typhoid. Boleh saja nak kena food poisoning.

Musim hujan. Rahmat yang turun boleh jadi bala. Tangan manusia yang punya angkara.

اللهم صىبا نافعا
"Ya Allah, jadikan hujan ini hujan yang membawa manfaat (kebaikan)."
HR Al-Bukhari