Sayang anak tangan tangankan.
Usia muda, ramai yang rasa nak menikah. Ada yang mula mencari, ada yang mula survey calon, cermin diri, perbaiki diri. Alhamdulillah, bagus jika ia selaras dengan petunjuk wahyu.
Tidak dinafikan mencari pasangan hidup adalah perlu bahkan dituntut kerana ia merupakan salah satu fitrah manusia. Islam tidak menghalang naluri manusia tetapi ia memandu umatnya ke jalan yang benar dalam menyalurkan fitrah.
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." Ar-Rum,30:30
Mungkin perlu diperingatkan, dalam kita 'angau' dalam mencari pasangan, kita juga perlu 'angau' dalam memikirkan hal selanjutnya pasca pernikahan. Ya, anak, atau anak - anak.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)." Ali Imran,3:14
Suami atau isteri yang disayangi boleh mengingatkan kita tentang tanggungjawab yang mungkin kita terlepas pandang. Itulah gunanya perbincangan dalam suasana rumah tangga. Teguran terhadap pasangan dalam hal amanah yang terabai perlu kepada skill2 yang tersendiri. Tiada guideline dalam hal ini.
Suami yang alpa memberi nafkah zahir dan batin (ada ke suami yang lupa bagi nafkah batin?) perlu ditegur oleh si isteri yang dahagakan kasih sayang.
Isteri yang tidak menjaga rahsia suami, menjaga dirinya ketika suami tiada di rumah, perlu diperingatkan oleh sang suami demi menjaga kerukunan rumahtangga di samping menyelamatkan diri dan keluarganya dari bahang neraka kelak.
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."At-Tahrim,66:6
Kita boleh berharap kepada pasangan dalam menegur kelalaian kita.
Namun anak tidak begitu.
Seorang anak kecil tidak tahu menegur bapanya ketika diberinya nama yang tidak ada unsur kebaikan didalamnya.
Seorang anak kecil tidak tahu menasihati ibunya tentang nilai kasih sayang dan pendidikan yang diperlukan olehnya.
Anak kecil tiada guideline dalam menentukan apa yang patut diterimanya dari ibu bapanya.
Anak kecil tidak tahu adakah haknya sudak ditunaikan oleh orang tuanya.
Maka dengan itu, sewajarnya kita di samping mencari pasangan hidup, harus juga kita bersedia dalam hal pendidikan anak. Ia merupakan titik tolak yang penting dalam mencorakkan sebuah masa depan. Pasangan hidup yang soleh dan solehah tidak menjamin si anak menjadi auto-soleh dan auto-solehah.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda,
"Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah segala (pahala) amalnya, kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."
Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Ahmad, Tirmidzi. Menurut Tirmidzi, hadis ini hasan-sahih
Inilah yang masih perlu diperbaiki dalam masyarakat kita. Pendidikan anak perlu diperhalusi oleh segenap pemuda dan pemudi bermula dari alam remaja lagi. Boleh dikatakan terlambat jika baru bermula setelah ijab kabul, namun yang penting, mulakan ia walaupun sudah terlambat!
Dalam menjiwai pendidikan anak, kita harus meletakkan diri kita dalam posisi tersebut. Walaupun dah besar panjang dah menikah kita tetap seorang anak kan? Perlakukan diri kita sebagaimana yang kita mahukan terhadap anak kita.
Nak anak bijak pandai? Kita dulu kena rajin belajar dan berusaha mencari ilmu.
Nak anak kaya? Kita kena berusaha dan terus usaha mencari rezeki, rezeki itu pelbagai, kaya itu beragam.
Nak anak soleh dan solehah? Kita kena jadi macam tu dulu.
Nak anak hensem dan comel macam kita? Kita kena cari pasangan yang hensem atau cantik kalau kita tak 'seberapa', moga2 gen hensem/cantik pasangan kita turun kat anak. hoho
Akhirnya, perlu ditekankan sekali lagi bahawa, dalam kita ghairah mencari pasangan hidup, jangan dilupa permata yang bakal lahir. Kita mencari pasangan bukan nak hidup dengan dia seorang sampai mati, kita nak rumahtangga kita produktif.
Jangan lupa bahawa nikah itu adalah bonus, iaitu 1+1 = 2 + x
.BS.
Nak anak hensem dan comel macam kita? Kita kena cari pasangan yang hensem atau cantik kalau kita tak 'seberapa', moga2 gen hensem/cantik pasangan kita turun kat anak. hoho
ReplyDeletesuka part ni..hohohoh
takdelah...beselah orang2 dah besar tu mesti dah fikir kawin2 ni.saya nak fikir jugak lah.macam best je matang dalam sudut ni.macam bagi motivasi untuk jadi baik kan..eheh
to be productive, we must be active..
ReplyDeletekene aktif jgn pasif huhu :p
active jangan passive dalam mencari jodoh??=P
ReplyDelete