Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
March 26, 2011

Meh le bersabar


2 minggu berturut mendengar banyak pasal sabar, jadi sekarang kita baca pulak ye...pendek je

Sabar = Menahan sesuatu

Menahan perasaan dari gelisah, runsing, marah, bangga, riak, bosan

Menahan lidah dari mengeluh, mengumpat, mengata, mencarut

Menahan anggota badan dari memukul, mengganggu, membelasah, meraba

sabar tunggu ikan

Beginilah definisi sabar yang boleh di beri..(byk definisi sebenarnya)

Menahan atau bertahan yang di katakan ini bukan bermaksud bertahan (sabar) dengan diam, pasif dan statis.
Tetapi ia dengan AKTIF, CERDAS, INOVATIF dan PRESTATIF

Contohnya seperti ini….

Dalam perlawan futsal, pasukan anda sudah di bolosi 5 – 0 !! dalam 5 minit pertama. Anda mengatakan pada rakan pasukan anda “sabar je laa ye”. Dan akhir pelawanan pasukan anda di bolosi 10 – 0!!!

Sabar yang digunakan adalah sabar yang pasif, diam dan statis. Tiada perubahan yang berlaku.

Sekiranya mengatakan “ OK sabar!! Kite boleh kejar lagi..semangat2!!”. dan akhirnya pelawanan berkesudahan dengan 5 – 2.

Walaupun kalah, di sini telah menaplikasikan sabar yang sebenar, iaitu dengan aktif, inovatif dan prestatif. Berfikir untuk bertahan dengan baik dan menyerang dengan baik.

Mourinho menahan bola
Sabar di bahagi antara bersabar dalam ibadah dan bersabar dalam musibah yang menimpa.

Sabar dalam ibadah iaitu sebelum, semasa, dan selepas ibadah, dengan kata lain konsistensi beribadah.

Sabar untuk mengekalkan

Sabar untuk meningkatkan

Sabar dalam musibah samada musibah yang baik ataupun yang buruk

Samada musibah dikutuk dan dikata
Samada musibah dimarah dan dihina
Samada musibah tercalon dalam pilihan raya :P
Samada musibah mendapat straight A’s dalam SPM

Sabar adalah sebagian dalam kehidupan kita.

Sabar adalah rutin harian kita.

Sekali lagi, bersabarlah dengan AKTIF, CERDAS, INOVATIF dan PRESTATIF

Fikir-Fikirkan  (^.^)Y



Sabar itu bukan pilihan orang yang lemah.
Sabar itu bukan pilihan terakhir.
Sabar itu bukan bila menghadapi jalan buntu.
Bahkan sabar itu adalah pilihan orang2 hebat!

"Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah" An-Nahl,16:127







post oleh TerMa~~~~~


0 comments:

Post a Comment