Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
February 13, 2011

Nabi Kita


Kita tahu bila Nabi lahir.
Kita tahu bila Nabi dilantik menjadi rasul Allah.
Kita tahu bila Nabi mula berdakwah.
Kita tahu bila Nabi wafat.

Kita tahu Nabi seorang anak yatim.
Kita tahu Nabi seorang suami.
Kita tahu Nabi seorang bapa.
Kita tahu Nabi seorang pemimpin.

Nabi sudah sampaikan wahyu dari al-Quran.
Nabi sudah memberi cara hidup dalam as-Sunnah.
Nabi telah menyempurnakan agama Allah.
Nabi telah tunjukkan akhlak untuk segala urusan.



Nabi, kita jadikan idola.
Nabi, kita paling cinta selepas Allah.
Nabi, kita jadikan suri tauladan.

Jadi.....

Bila kita mahu solat seperti Nabi?
Bila kita mahu zikir seperti Nabi?
Bila kita mahu makan seperti Nabi?
Bila kita mahu tidur seperti Nabi?
Bila?bila?Bila?bila kita nak contohi Nabi dalam segala kegiatan?

Kita cuba menjadikan sesuatu kegiatan itu ibadah. Kita cuba melakukan suatu ibadah yang seperti Nabi tunjukkan. Kita cuba solat seperti mana Nabi solat. Kita cuba zikir seperti mana Nabi zikir. Kita cuba makan seperti mana Nabi makan. Kita cuba tidur seperti mana Nabi tidur. Walaupun tidak sepersis apa yang Nabi lakukan, namun kita telah berusaha untuk melakukannya seperti Nabi.

Bagaimana mahu tahu??? Rujuklah as-Sunnah (beli laa buku :D) ataupun bertanya pada yang lebih memahami as-Sunnah. =)

Kepada yang sudah tahu mengenai Nabi ataupun tahu sedikit saja ataupun tidak tahu lansung, marilah kita dengar ceramah mengenai Nabi Muhammad SAW. 15hb Februari nanti di FK. Ambillah tahu pasal Nabi seperti mana  kita ambil tahu mengenai orang yang kita cintai. =)



promote majlis ceramah oleh Asina (^.^)V

0 comments:

Post a Comment