JOM MENINGKATKAN KUALITI RAMADHAN
May 4, 2012
insya Allah, insya Allah
Letaknya Insya Allah
Insya Allah, satu perkataan yang sering didengar, boleh
dikatakan antara perkataan yang paling popular disebut orang.
Satu orang
berkata, “Man, esok aku de buat makan makan siket kat
rumah aku, datang laa, pukol 8 malam”, Man menjawab, “okeh! insyaAllah aku datang nye!”
“ esok kita akan adakan perjumpaan
pukul 5 pm kat warung tu, ok ye sume”, seseorang berkata,”insya Allah ok”, sorang
menjawab.
Hampir setiap kali perjanjian akan kedengaran perkataan
insya Allah ini. Dah sinonim dengan masyarakat kita ni. Mungkin mengaplikasikan
ayat al-Quran dari surah al-khahfi (18:23-24) yang mengingatkan Nabi supaya
mengatakan insya Allah dalam setiap pekerjaan.
Insya Allah atau yg bermaksud ‘dengan izin atau kehendak
Allah’, seharusnya kita sering menyebutnya, seharusnya kita sebut dalam setiap
pekerjaan, setiap perancangan. Jangan lupa menyebutnya, kerana suatu kepastian
itu hanya dari Allah. Allah yang menetap dan menentukan segalanya.
“wey Man, apasal kau tak datang semalam? Aku dah ajak kau kan?”
“lambat kau sampai, kan janjinya
pukul 5 pm, ni dah pukul 630 pm. Dah nak abes pon ni..aish kau ni..”
“kan aku
kata insya Allah, aku tak janji ape ape”, mereka menjawab.
Di salah erti
Insya Allah diletak pada tempat yang apabila suatu janji
yang tidak pasti atau alasan untuk menghindari janji.
“nanti malam main futsal?”
“insyaAllah”
“main ke tak?”
“insyaAllah”
“Nak buat confirmation ni..main ke tak?”
“insya Allah”
“jangan nak insyaAllah, nak tau main ke tak?!”
Makna insya Allah sudah banyak disalah ertikan. Rasanya di
nusantara ni sudah menjadi budaya menggunakan kata insya Allah seperti ini. Insya
Allah menjadi kata-kata yang akan keluar dari mulut apabila suatu urusan itu
tidak pasti akan dipenuhi atau memang berniat tidak mahu lakukannya pon (-.-“).
Kata insya Allah hanya menjadi satu alas an apabila orang bertanya kepadanya.
Adakah begitu?
Seharusnya menggunakan perkataan insya Allah bukan hanya
ucap atau sebagai alasan, tetapi berusaha kuat dengan sepenuh raga dan hati
untuk memenuhinya. Kita tidak tahu sesaat pon apa yang akan berlaku esok hari
atau masa depan tentang apa yang akan berlaku pada diri kita. Yang Maha
Mengetahui sahaja yang tahu apa yang akan berlaku.
Kepastian hanya pada Allah. Tetapi Allah telah memberi kita sesuatu yang tiada
pada makhluk lain, akal, untuk kita memilih jalan, untuk kita merancang untuk
masa depan. Kita manusia mempunyai perancangan, Allah yang mempunyai kuasa
untuk tentukan ia terjadi atau tidak. Kata Insya Allah adalah sebagai Kerendahan Hati seorang hamba sekaligus
kesedaran pada kekuasaan tuhannya, bukan bongkak dengan perancangan yang
diadakan.
Pada doa ziarah kubur, Nabi berkata
“Semoga keselamatan
tetap dilimpahkan kepada kalian, wahai penghuni perkampungan kaum mukminin dan
muslimin. Kami, insya Allah, akan menyusul.” (HR Muslim)
Kata insya Allah yang disebut menunjukkan satu kepastian. Ini
juga bermakna apabila menggunakan ‘insya Allah’, ia menggambarkan sesuatu
perkara itu pasti akan dilakukan
dengan sepenuh hati, bukan setengah
setengah.
Pada suatu pagi, ahmad mendapat
satu sms,
“Salam, malam ni free?de hal
sikit nak bincang,penting gak lah. Boleh jumpa kat rumah aku pukul 7 malam?”
Ahmad reply, “Wasalam, Insya
Allah boleh.”
Ahmad pon bereskan semua tugasan
yang harus dibereskan terlebih dahulu, set alarm reminder
untuk malam ni. Hampir
dengan waktu yang dijanjikan ahmad keluar rumah.
“aku naik motor ni,ondeway rumah
kau” sms ahmad ke kawannya.
Ahmad pon berangkat.
Dengan ketentuan Allah, tiba-tiba
hujan turun dengan lebatnya/tayar motor bocor/satu kereta melanggar ahmad dari
belakang/dan lain-lain.
Akhirnya ahmad lambat bertemu
dengan kawannya atau tidak dapat bertemu.
Dengan sepenuh hati, bersedia sedaya mungkin, untuk menepati
janji, untuk menepati rancangan yang dibuat, tetapi dengan ketentuan Allah lah
perkara itu akan berlaku atau pun tidak. Perancangan Allah lagi baik dari
perancangan hambanya. Insya Allah, Allah akan balas kita dengan setimpalnya,
Allah tidak terlepas pandang usaha kita untuk menepati janji atau perancangan.
Kata Insya Allah adalah satu akhlak bagi seorang muslim. Jadi
jagalah kata ini, gunakanlah ia dengan benar, letaklah ia pada tempat yang
betul.
Pendek kata, insya Allah
1)Menekankan satu kepastian
2)Menyatakan usaha/kesungguhan untuk lakukan
tetapi ketentuan pada Allah
3)Kerendahan hati sebagai seorang hamba
Sekian perkongsian tak seberapa. Salah betolkan ea (^_^)