Copyright © Belasah Jelah
Design by Dzignine
support by T3A
December 3, 2011

Cari ILMU

November 12, 2011

Visi & Misi

November 4, 2011

TAKBIR!!!



September 3, 2011

Memperbaiki Langkah Kita

Kadangkala, kita begitu teringin nak mengajak kawan - kawan kita ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Solat di awal waktu, solat berjemaah, belajar rajin - rajin, tundukkan pandangan, jangan couple,  tak ponteng kelas, tak merokok, tak bergosip dan banyak lagi.



August 24, 2011

Cut a Picture



Kali ni video cara macam mana nak potong gambar lepas tu letak dekat gambar lain. Jom tengok!.

August 23, 2011

Masa

De~~~~~……mi~~~~~….. masa……
sesungguhnya manusia kerugian~~~~

Me~~~~~…la~~inkan~~~~~
yang beriman dan beramal sholeh~~~


ini adalah sebahagian dari lirik lagu Raihan: Demi masa


waktu~~~~~

Rasanya semua dah tau, dah perasan yang lirik ini di ambil dari surah apa. Surah Al-A’sr surah yang ke-105.

Masa bergerak tanpa mengendahkan sesiapa. Setiap detik dia bergerak, setiap menit dia bergerak, setiap jam dia bergerak. Walau jam dinding rumah habis baterinya, walau jam tangan casio habis baterinya, dia tetap bergerak tanpa peduli apa yang berlaku disekelilingnya.

August 16, 2011

How to put logo to picture?



Macam mana mahu letak logo ke satu gambar?



ni FIRST TRY!!!! kuikuikuikui....

nanti kalau ada masa terluang akan buat lagi hehhehe :)
kalau tak da masa, apa yang ada je laaa...


Sekian.

Pesanan penaja: Gunakanlah masa kita yang ada ini dengan kebaikan :)
August 3, 2011

selamat Puasa!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh~~~

Bapa-bapa, ibu-ibu, temen-temen sadayana, kumaha? =p

Selamat berpuasa untuk hari ini dan kedepannya. Moga apa yang kita lakukan sebelum,sekarang dan selepas ini diberkati dan diredhai oleh Allah.

Sekarang kita berada di bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, bulan yang kita patut ambil peluang untuk berlumba-lumba berbuat kebaikan dan kebajikan. Tidak lupa juga untuk berdoa dan meminta keampunan kepada Allah pada bulan mulia ini.

Kita yang mempunyai iman dan ingin merasai manisnya iman nescaya meredhai Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai nabi. Setiap syariat-syariat yang ditetapkan, sunnah-sunnah yang ditunjukkan, kita lakukannya untuk mendapat keredhaan Allah dan hati yang suci dan bersih. Tapi hati itu dapat dikotorkan dengan DOSA. Sudah tentu kita tidak terlepas dari dosa. Bukan kadang-kadang buat dosa, mungkin selalu buat.

Justeru itu, ambillah peluang di bulan Ramadhan ini untuk meminta keampunan kepada Allah dari setiap kesalahan kita lakukan samada sedar ataupon tidak. Rasulullah bersabda “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Jika beriman, rasailah dosa itu sebagai beban seperti Gunung yang tinggi dan akan Runtuh menimpa kita. Janganlah kita merasai dosa itu seperti Lalat yang hinggap dihidung kita dan menghalaunya dengan tangan sekali lalu sahaja.

Bak kata ustaz Maulana dalam rancangan Islam itu Indah di trans Tv, “kalw dalam bulan ramadhan dia ga solat nescaya luar ramadhan ga solat, kalw dalam bulan ramadhan ga sedekah nescaya luar ramdhan ga sedekah, kalw dalam bulan ramadhan ga taubat nescaya luar ramadhan ga taubat.”(mungkin ada ubah dan penambahan huhu :p). Jika dalam ramadhan yang tak ada musuh mengganggu pon tak buat, apetah lagi bulan yang lain, bukannya tidak mungkin boleh lakukannya tapi semakin sukar melakukannya.

Jadikanlah bulan ramadhan ini POINT OF CHANGES kita.

Dalam kebaikan, Buat apa yang tidak pernah buat dan perbanyak apa yang selalu buat.

pliz deh jgn gini


Sekian. Jangan Belasah je dalam ibadah J




-         


             -Mintak maap lee kalu ade kesalahan dulu2, mne tw dlu men belasah je ckp
-          -Akhirnya Update!!!!! Kuikuikui

Posted by TerMA
June 4, 2011

Bentuk - bentuk kebaikan.

Bismillahirrahmanirrahim.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Freimann : Boleh ke tak solat tapi buat baik kat semua orang? Tak solat urusan aku dengan Allah, tapi dengan manusia aku buat baik.


Abdülhey : Adakah kau nak justify yang kau tetap baik walau kau tak solat?

Freimann : Lebih kurang la..


Abdülhey : Maybe kita kena check balik apa Allah kata pasal kebaikan.
Kebajikan (kebaikan) itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu adalah beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat - malaikat, kitab - kitab, dan nabi - nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang - orang miskin, orang - orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta - minta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, orang - orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang - orang yang benar, dan mereka itulah orang - orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah, 2:177)
 Ayat ni menyatakan bahawa orang yang memiliki semua sifat di atas ni, telah masuk ke wilayah Islam dan mengambil SEGALA BENTUK KEBAIKAN.

May 23, 2011

Niat!!!

Dah biasadah makan ni. Sehat!!!

Ketaatan Menjadi Kebiasaan.

Keluar rumah pergi masjid, masuk waktu kita solat, waktu ramadhan puasa, dah nak raya bayar zakat, kat depan cermin pakai baju pakai seluar pakai tudung(pompan), rasa nak berpasangan pegi kahwin. Semua ni dah jadi kebiasaan dah.

 Ketaatan Menjadi Rutin  Harian.

Amal ibadah solat, puasa, tutup aurat dah menjadi seperti makan minum, mandi, tidur, kerja. Ibadah ibadah termasuk dalam rutin harian seperti roda yang berputar, benda sama saja yg dilakukan. Tiada apa yang berubah, statik begitu saja.

Kebiasaan Menjadi Bosan.

Pernah ke terfikir akan ada orang yang selalu nampak bersolat tidak solat tetibe, pernah ke terfikir akan ada orang yang selalu keluar pergi masjid tetibe pergi ke tempat lain, pernah ke terfikir akan ada sorang wanita yang pakai tudung tetibe tidak memakainya. Kebiasaan selalunya membosankan sekiranya tiada perubahan, tiada yang baru berlaku.

Selalu Perbaharui Niat.

Orang mengajak pergi ke masjid, katakan “sekejap!!” bertanya pada diri “kenapa aku pergi ke masjid?”katakan “aku pergi untuk mendapat redha Allah, untuk bersilaturrahim dengan orang soleh dll….”. Sebelum memakai tudung bertanya pada diri, “Mengapa aku bertudung?”dan menjawab “mengikut perintah Allah dan rasul-Nya, mencari redha Allah dan malu pada Nya dll….”.

Miliki Niat yang Jelas.

Walaupun kecil amal yang dilakukan, tetapi punyai niat yang jelas, insyaAllah meningkatkan lagi amal ibadah. Iman perlu ditingkatkan, iman perlu diteguhkan, iman perlu dikekalkan, dengan niat yang benar dapat melakukannya.

Jangan biarkan diri melakukan ibadah seperti rutin harian yang tiada peningkatan, menjadikan ia kebiasaan yang membosankan. Hadirkan lah pada diri dengan mempunyai niat dalam ketaatan.


kat celah mana ada jalan cam ni

Berfikir

Sekiranya kita lakukan sesuatu tanpa sedar, KEJUTkanlah diri dan HADIRkanlah NIAT.

Sekiranya kita berada di jalan yang baik, tetapi terdapat dugaan dan cabaran, bermuhasabah dengannya, BETULkan NIAT, dan ISTIQAMAHlah dengannya. Jika kita cuba menghindarkannya, mungkin kita tidak dapat peluang lagi di jalan baik itu.

 Sekiranya kita sedang melakukan kabaikan, datang fikiran dan hayalan, SEDARkanlah diri dan LURUSkan NIAT kita.






post by TERMA @ Teruna Skema
April 30, 2011

Tingkat Kesabaran


Berapa lama mahu bersabar

Sampai tahap mana perlu sabar

Tahap sabar level 4
Setiap cabaran, setiap rintangan, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita perlukan kesabaran.

Ujian terhadap kesabaran kita ada tingkatannya. Dan tingkatan itu mengikut keadaan, kemampuan dan keupayaan diri kita pada masa itu. Mari lihat hadis ini:

Dari Abudullah bin Mas’ud, ia berkata, “Saya masuk ke tempat Rasulullah saw. sewaktu beliau sedang sakit panas, kemudian saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau benar-benar menderita sakit yang panas.’ Beliau berkata,’Benar, sakit panas yang saya derita ini dua kali lipat lebih panas daripada yang biasa diderita kalian.’ Saya bertanya,’Kalau begitu, engkau mendapat pahala dua kali lipat juga?’ Beliau menjawab, ‘Benar, memang demikian. Seorang muslim yang tertimpa suatu kesakitan, baik itu tertusuk duri maupun lebih dari itu, niscaya Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya dan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana daun-daun yang berguguran dari pohonnya.’” (HR Bukhari dan Muslim)

Lihat dari hadis ni, tingkat ujian seseorang itu tergantung pada tingkat keimanan diri orang itu. Sama juga seperti peperiksaan- peperiksaan di sekolah, antara soalan peperiksaan sekolah rendah dengan soalan peperiksaan sekolah menengah, pastinya berbeza kerana mempunyai tingkat yang lain.

April 21, 2011

Semuanya asset




Ini adalah asset 


Banyak asset kita dalam dunia ni. Asset itu bukan sahaja dalam bentuk harta, barang atau mata wang, tetapi ia juga terdapat dalam kehidupan persekitaran kita. Tidak kira baik atau buruk, semuanya asset kita.

PenCURI yang mencuri sebagai asset kita.

PenYOMBONG yang menyombongkan diri sebagai asset kita.

PeMARAH yang sentiasa marah sebagai asset kita

EGOis yang menunjukkan egonya sebagai asset kita.

PeremPUAN cantik yang memaparkan kecantikan sebagai asset kita.

PengKUTUK yang selalu kutuk sebagai asset kita.

PenGEMIS yang asyik-asyik meminta-minta sebagai asset kita.

Mana taknya mereka ini bukan asset kita. Kalau mereka ini tiada, mugkin terdapat beberapa perkara yang kita dapat buat.
April 9, 2011

Kalau






“Kalaulah aku bangun awal, bolehlah aku mandi”

“Kalaulah aku bawak motor hati-hati tadi, xlah jatuh “

“Kalaulah aku pergi hantar service motor dulu, tak payahlah aku susah2 tolak motor sekarang ni”

“Kalaulah aku makan banyak tadi, xlah aku lapar sekarang”

“Kalaulah aku tido tadi malam lama sikit, xlah mengantuk sangat sekarang”

“kalaulah aku belajar betul- betul, tak la dapat result cam ni”

“kenapalah aku buat macam tu tadi, kalau aku buat cam ni kan lagi bagus”

“Kalaulah aku ikut cakap dia, tak lah jadi macam ni”

Berapa banyak kalau nak cakap ni daaaa.
March 30, 2011

Eksperimen : Misteri



MISTERI DI ALPINA



"IN EVERYTHING WE DO, THERE IS ALWAYS ANOTHER WAY TO DO IT"
(EXCEPT FOR IBADAH)
quote from BJ 


March 27, 2011

Sayang Isteri Tinggal Tinggalkan

Sayang anak tangan tangankan.

Usia muda, ramai yang rasa nak menikah. Ada yang mula mencari, ada yang mula survey calon, cermin diri, perbaiki diri. Alhamdulillah, bagus jika ia selaras dengan petunjuk wahyu.

Tidak dinafikan mencari pasangan hidup adalah perlu bahkan dituntut kerana ia merupakan salah satu fitrah manusia. Islam tidak menghalang naluri manusia tetapi ia memandu umatnya ke jalan yang benar dalam menyalurkan fitrah.

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." Ar-Rum,30:30

March 26, 2011

Meh le bersabar


2 minggu berturut mendengar banyak pasal sabar, jadi sekarang kita baca pulak ye...pendek je

Sabar = Menahan sesuatu

Menahan perasaan dari gelisah, runsing, marah, bangga, riak, bosan

Menahan lidah dari mengeluh, mengumpat, mengata, mencarut

Menahan anggota badan dari memukul, mengganggu, membelasah, meraba

sabar tunggu ikan

Beginilah definisi sabar yang boleh di beri..(byk definisi sebenarnya)

Menahan atau bertahan yang di katakan ini bukan bermaksud bertahan (sabar) dengan diam, pasif dan statis.
Tetapi ia dengan AKTIF, CERDAS, INOVATIF dan PRESTATIF

Contohnya seperti ini….

March 21, 2011

Saya Selalu Buat Salah


muke kucing lepas buat salah (gambar tidak ada kene mengena)

Setiap perbuatan yang dilakukan ada balasannya. Setiap balasan setimpal dengan apa yang diperbuatkan. Dan akhirnya, akan berada di mana? Syurga atau neraka?

Seorang perempuan bertanyakan “ saya ni tidak memakai tudung, tidak menutup aurat, adakah saya akan masuk neraka kerana itu? Tapi saya tidak pernah tinggalkan solat dan lakukan ibadah-ibadah yang lain”

Seorang lelaki bertanya “ adakah saya akan masuk neraka disebabkan saya selalu meng’usha’ perempuan-perempuan di tepi jalan sedangkan saya selalu solat, baca al-quran dan lain-lain?”

Apakah yang kita akan jawab kalau ada yang bertanyakan seperti ini kepada kita?” entahlah wey, aku pun tak tau. Tu kerja Allah, bukan kerja kita. Allah yang tentukan semua tu”
March 17, 2011

Tsunami: hulurkanlah tangan





Pada 11 Mac 2011, Negara yang dikenal sebagai matahari terbit dikejutkan dengan satu gempa bumi. Jepun dilanda bencana alam ini yang sebesar 8.9 skala Richter yang menghasilkan tsunami setinggi 10 meter skali menggemparkan dunia. Gempa bumi yang tidak disangka-sangka ini adalah yang terbesar yang pernah melanda Jepun. Bukan gempa bumi dan tsunami sahaja, bahkan Jepun menghadapi masalah radiasi nuclear.

Bencana ini dijadikan tajuk utama setiap akhbar. Pelbagai cerita dipaparkan.

Ada yang cerita tentang kestabilan ekonomi Negara , adakah saham akan jatuh? Adakah harga barang akan naik?

Ada juga yang buat karikatur antara ikon kartun yang melambang Jepun dan bencana alam yang melanda Negara itu.

Artis kesayangan semua hilang tidak dapat dihubungi!! Pelakon aksi selamat dari tsunami!!! Yang ni kalau tidak ada tak sah.

Negara matahari itu dilanda bencana, ada pula orang yang kritik, dikatakan sebab bencana ala mini berlaku kerana tidak menjaga alam sekitar. =_="

Apa-apa pun, ucapkan takziah pada mereka dan hulurkanlah bantuan sedaya yang mampu.

“Sesiapa yang tidak mahu menyayangi, maka ia pun tidak disayangi” (HR Bukhari)

Tunjukanlah kasih sayang anda pada manusia sejagat dengan PEDULI dan AMBIL TAHU tentang mereka.

Allah sahajalah yang membalas segala kebaikan.






post oleh ASina

-cibuk smpi xupdate bende2 penting huhu
February 19, 2011

Salam...Assalam...Slm.....A'kum


Asslamualaikum warahmatullahi wa barakatuh….

Memberi salam adalah yang mulia. Ia  amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadisnya. Salah satunya hadis dalam riwayat bukhari, Rasulullah bersabda,

“Salam adalah termasuk salah satu dari nama-nama Allah yang diletakkan di dunia. Sebarkanlah salam di antara kalian,”

Tapi sekarang terdapat hal kecil  yang di” trend”kan terutamanya dalam facebook. Tidak tahu sama ada sudah tersebar luas atau tidak, tapi dah nampak banyak (lebih dari 1 ye) yang share post itu. Mereka share tentang “Jangan guna Perkataan ‘Salam’.”

Apa yang dibincangkan adalah tidak boleh pendekkan perkataan Assalamualaikum kepada Salam sahaja, tetapi boleh disingkatkan kepada Assalam. Kalau nak baca penuh boleh ke link ni atau yang ini.

Ada juga yang tidak setuju dalam hal ini. Tetapi ini belum di trendkn lagi. Mereka mengatakan perkataan Salam dan Asslam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai singkatan bagi Asslamualaikum. Boleh baca disini dan sini.
February 13, 2011

Nabi Kita


Kita tahu bila Nabi lahir.
Kita tahu bila Nabi dilantik menjadi rasul Allah.
Kita tahu bila Nabi mula berdakwah.
Kita tahu bila Nabi wafat.

Kita tahu Nabi seorang anak yatim.
Kita tahu Nabi seorang suami.
Kita tahu Nabi seorang bapa.
Kita tahu Nabi seorang pemimpin.

Nabi sudah sampaikan wahyu dari al-Quran.
Nabi sudah memberi cara hidup dalam as-Sunnah.
Nabi telah menyempurnakan agama Allah.
Nabi telah tunjukkan akhlak untuk segala urusan.

February 10, 2011

Is This Girlish Enough?


Kami bukannya wanita
Kami bukannya perempuan
Kami bukannya gadis
Kami bukannya pondan

February 8, 2011

Pesan Ibu Beribu Ribu

Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.

February 6, 2011

Seni Sembunyi :: Invisible Arts


ada nampak sesiapa kat situ?
Ok...tengok lagi skali gambar kat bawah ni



ada nampak?
Wat de Heck laaa!! art dia....

Orang kata kalau seorang tu terlalu kreatif, dia akan menghasilkan sesuatu yang "terlalu tinggi" nilanya sehingga orang lain tidak dapat tahu nmenilai.Ini salah satu contoh.Inilah hasil seni seorang artis yang berasal dari China. Betapa artistiknya karya artis yang bernama Liu Bolin ni. Apa yang dihasilkan ni SAH memang SUSAH, tapi si Bolin ni masih MAMPU menghasilkannya walaumana susah pun latar belakangnya.

Mari kita tengok lagi karya-karya dia.

February 3, 2011

Macam mana nak tahu perkembangan Mesir 24/7?

   Haa.. mesti korang semua nak tahu kan? Maklumlah, sekarang tengah bergolak, nak tahu apa cerita Hosni Mubarak, berapa jumlah kematian sekarang, apa pandangan pemimpin dunia dan lain - lain.

February 1, 2011

Teguran buat fans - fans Revolusi Mesir.

Ha ni aku nak cakap. Pasal apa? Pasal Mesir.

Ok aku tahu semua dah maklum dengan apa yang terjadi kat Mesir sekarang. Tak perlu aku nak ungkit - ungkit. Korang pun tahu mana nak cari berita pasal Mesir.


January 31, 2011

Mari Fikir



Spontan = bukan dengan paksaan, tetapi dengan desakan gerak hati sendiri sahaja; berlaku atau tercetus dengan sendiri (tanpa ada paksaan atau setelah dirancang-rancang) [Kamus Dewan]

January 28, 2011

Info Solat

Bacaan semasa rukuk

                           سبحان ربي العظيم

Maksudnya : "Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia"
(Riwayat Muslim no.1850)

   Menurut hadis, adalah dilarang membaca apa jua ayat al-Quran semasa rukuk, sebaliknya waktu rukuk dibaca doa memuji dan membesarkan Allah s.w.t sebanyak mungkin.

   Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud : "Ketahuilah sesungguhnya aku telah dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk, maka agungkanlah Allah s.w.t, manakala ketika sujud, berusahalah dengan doa - doa kerana waktu itu yang lebih baik untuk dimakbulkan (doa) bagi kamu." (Riwayat Muslim no. 479 dan 1348)

Bacaan semasa sujud


January 26, 2011

Report repot

Israel punye PM dengan muka berjaya


Report apa ni??Terlepas dari kesalahan menyerang, membunuh orang yang tidak bersalah, tidak bersenjata api, tidak berdaya kuasa.

Uprising


  Selepas melihat kejayaan Revolusi Jasmin di Tunisia, satu demi satu negara jazirah Arab mula bangkit. Antaranya Algeria, Jordan, Mesir, Yaman dan lain - lain. Di sini nak highlight apa yang berlaku di Mesir.

January 25, 2011

Brainstorm 1 : Cliche

Islam is a way of life.
Islam adalah cara hidup, bukan sekadar pada nama. Noktah.



Soalannya, bagaimana kita menerapkan, memahami slogan tersebut.
Pergi jumpa orang, cakap Islam sebagai satu cara hidup.
Dalam taklim, dengar lagi tazkirah pasal lifestyle. "Sesungguhnya lifestyle yang diterima Allah adalah Islam".
Fuh.. berapi - api dengar.

Cakap lebat ke?
Buat tak serupa bikin ke bang oi, cik kak luar sana oi!

Mana tindakannya!!
Kami nak tengok apa kau buat, bukan nak dengar kau cakap apa..

p/s : sila persoal diri sendiri. jangan nilai orang lain.
p/s.s : mood rebel dan muhasabah diri.
January 22, 2011

Seloka : Suatu Mimpi


Suatu ketika dahulu 
pernah aku impikan 
sebuah kehidupan yang sangat bahagia 
sempurna 
walau diri dalam duka 
namun hati tetap ceria 

January 21, 2011

we Change iT!!!


Assalamualaikum and selamat sejahtera!!!!

As we said in the previous post that we have minor changes, and now we have CHANGES IT!!! It not good as others template, but we CHANGE IT!!! J


Bush pon terkejut!!!


January 19, 2011

Friends

Just want to share a picture....

Old folks said:
"Kawan biar seribu, bercinta biar satu"
 =)

Peace!

FYI: Belasah Jelah is run by a group, which are...

Friends
.
Credit for picture
Amir Zakwan


 Shared by
 Masa
 

Youtube-Walking 1


Semasa Youtube-walking (ada blogwalking takkan Yotube-waking tak boleh kan?) Aku terbukak video ni. Rasa nak kongsi la dengan korang semua.
January 18, 2011

Just 5 Minutes Left

If your airplane going to crash in 5 minutes...
Who would you like to call??

Your mom?? Your Dad?? Your loves one??

What would you say??


I love you?? Take care?? I'm sorry because I'm not a good son/daughter/parent??

My conclusion is, when you only have 5 minutes left in your life, you would call someone YOU LOVE THE
MOST and talk about how much you love them... Is it right??


Have you ever thought that, there's no one in this world care about you?? no one in this world love you??
Haven't you??
Herm...

Let's change the question a bit, could you betray the person love??
Could ignore the person you love??
Could you??
Let us review past 100++ years ago

There's a man
He lay helplessly on his bed
He get caught by fever
His body weaken from time to time
Waiting his time to meet his creator

One day a man knock on his door
A man that never seen before come visit him
At this time, he know that the time has come
He will met his creator very soon

After a short conversations
The time has come to the end
With a couple of his last breath
He said...
"Ummati, Ummati, Ummati"
(please refer to the reference below, thanks)

You should know that, this person is..
Our beloved prophet..
Muhammad S.A.W

Ummati = Ummah = All people who lived after Muhammad S.A.W., no matter who you are

Can you imagine, HOW OUR PROPHET LOVE US??
Even his last breath, he still thinking about us
Can you imagine how big it is??

Even before we born to this world
There's a man love us very much
HE LOVE US, MORE THAN WE EVER IMAGINE

How can we say that nobody love us?? Nobody care about us??
And how can we ignore all the things he teach us??
How can we betray him, the one who love us the most??

Let us think again, and review back our life from other perspective

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*   Correction   *

Our beloved prophet last word wasn't "ummati, ummati, ummati", but..

Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
(reference : http://saifulislam.com/?p=7648)
                : http://saifulislam.com/?p=7654)

However, it won't deny how much our prophet love us...

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

 “Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
(reference : http://saifulislam.com/?p=7648)



p/s:
sorry if my writing so terrible, i just start writing
sorry if the story not accurate, my english not so good, hardly find appropriate words
sorry if i do anything wrong
peace! =)

shared by
Masa a.k.a. Mamat Santai

"Enjoy Every Little Things!!"
January 15, 2011

Marilah Doa

Manusia ini kerdil, manusia ini lemah, manusia ini tergesa-gesa. Kita adalah manusia, jadi mintalah pada yang Maha Besar, Kuasa, Kuat.


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al-Baqarah: 186)

'Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan kuperkenankan bagimu." (QS. Al Mu'min : 60)


Doa adalah satu ibadah yang tiada keraguannya lagi. Tuhan Yang Maha Agung pun menyuruh kita doa kepadaNYA. Dalam satu hadis diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir dari Nabi saw. bersabda:

“Doa adalah ibadah. Dan Tuhan Kalian menyeru: Berdoalah kalian kepada-Ku, Pasti Aku kabulkan doa kalian.”

Sekarang kita sudah tahu bahawasanya doa itu ibadah dan boleh dilakukan. Jadi adakah doa mempunyai cara-cara tertentu? Apakah adab-adab doa?

Ikhlaskan hati ketika doa hanya kepada Allah.

“Dan tidaklah mereka diperintahkan kecuali untuk beribadah kepada Ku dengan ikhlas.”(QS. Al Bayyinah : 5)

Dimulakan dengan memuji Allah dan selawat ke atas nabi Muhammad saw dan di akhiri dengan hal yang sama. Ini sama dengan adab kita sekiranya kita ingin meminta sesuatu, kita akan memuji atau berbuat baik terlebih dahulu.

Berdoa dalam keadaan sadar, bersungguh-sungguh dan yakin bahawa doa akan dikabulkan. Janganlah kita berdoa dalam keadaan mamai (kurang sadar) kerana kita mungkin tidak sedar  apa yang kita pinta. Jangan putus asa dalam doa dan yakin bahawasanya Allah akan memakbulkan doa, makhluk yang terkutuk (iblis) pon Allah memakbulkan doa mereka (al-hijj 15: 36-37)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Berdoalah kepada Allah, sedangkan kalian yakin akan dikabulkan doa kalian. Ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.” Imam Ahmad


Rasulullah saw. juga bersabda: “Jika salah satu di antara kalian berdoa, maka jangan berkata: “Ya Allah ampuni saya jika Engkau berkenan. Akan tetapi hendaknya bersungguh-sungguh dalam meminta, dan menunjukkan kebutuhan.”


Semasa doa juga kita perlu rendah diri dan khusyuk. Memperkecilkan diri seperti hamba meminta sesuatu kepada tuannya. Inilah adab yang biasa, tak akan laa seseorang itu mahukan sesuatu daripada orang lain tetapi membesarkan diri. Semasa meminta juga kita kena fokus, jangan mengalih pandangan kita pada orang yang kita minta sesuatu.

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” Al-Araf:55

 “Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.” Al-Anbiya’:90

Doa dengan suara lirih, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan juga termasuk dalam rendah diri. Kalau ini diaplikasikan pada kita, kita meminta dengan menjerik berteriakan, apa yang akan orang kata, “kurang ajar betul budak nie!!”. Kalau kita minta dengan suara yang terlalu perlahan, nanti orang kata, “haaa?apa ko kata?”. Jadi, untuk meminta kita perlu menggunakan suara yang betul,  atonasi yang benar dan lenggok yang baik.

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan sore, dan janganlah kamu termasuk orang2 yg lalai.”  Al A'raf:205

Ketika doa, kita perlu mengelakkan daripada melampaui batas seperti mendoakan orang menerima ahzab, bahaya, atau kecelakaan. Kita juga janganlah berdoa ketika terdapatnya masalah sahaja, sekiranya masalah itu selesai sudah tidak berdoa lagi.Elakkanlah diri kita menjadi orang-orang yang melampau. Doalah dalam apa jua keadaan baik, senang mahupun susah.(rujuk AQ 10:12)

Dalam doa juga, adalah lebih baik kita mendahulukan diri kita barulah orang lain. Kalau ikut logik akal, kenapa kita nak kan orang tu dapat kebaikan dulu tetapi kita tak dapat lagi. Selain itu ada baiknya juga kita berdoa dalam konteks am, tidak mengkhususkan doa kita. Contohnya, kita mahukan kesihatan dan kekuatan untuk ujian, tp kita doa “Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kesihatan dan kekuatan untuk menjalani segala urusanku.”

Apa perkara yang menghalang terkabulnya doa???takkan semua orang yang berdoa akan terkabul??

Perkara yang kita perlu hindar adalah meninggalkan perintah Allah,melakukan perkara munkar, tidak bersungguh-sungguh dalam doa, memakan makanan yang bersumber haram, lalai pada dunia.

Kita perlu ingat, bukan semua yang kita pinta akan di kabulkan sepersis apa yang kita pintakan atau akan terkabulnya pintaan kita itu sejurus kita berdoa. Kadang kala apa yang kita dapat itu bukan yang kita doakan tetapi di situ mugkin ada hikmahnya kerana rezeki Allah terlalu luas dan dalam doa kita perlu banyak bersabar, mungkin sekiranya terkabul cepat kita akan meninggalkan doa. Ingatlah firman Allah:

"Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar." (QS. Al Mu'min : 55)

Marilah kita bersama-sama berdoa meminta apa yang dihajatkan. Berdoalah, tidak kira pada waktu susah atau senang. Berdoalah, sebab ia mudah.


*there will be minor changes in this blog, so pray for it to be better. Kami akan berusaha seDaya Upaya untuk mengubahnya!! peaCe (^_^)V

post by TerMa a.k.a Teruna skeMa =.=

January 13, 2011

Menunda Perubahan

Assalamualaikum & selamat pagi pemirsa.

"Kejap lagi pukul 9.30am nak study".
Siapa ada masalah dengan ayat di atas? Tiada masalah kan?
Tapi sedar tak sedar, kita sedang MENUNDA PERUBAHAN. Kenapa taknak study sekarang?

January 2, 2011

Minor Change in Belasah Jelah

There is some change we (admin) of BJ need to do to this overrated blog.



January 1, 2011

Menyanyi Jom~~



Peringatan untuk kita semua, apa yang berlaku pada negara Islam. Bukan sahaja di Palestine, di Iraq, Pakistan, Lubnan, malah di Arab Saudi sekali. Termasuk juga negara Islam di Asia Tenggara, Malaysia dan Indonesia.


Negara Islam miskin
Negara Islam mundur
Negara Islam lemah

Negara Islam banyak korupsi
Negara Islam banyak kemaksiatan
Negara Islam banyak kejahilan

Kenapakah? Sampai bila? untuk atasi bagaimana?

Renung dan Fikirkan...



~ when i'm get older......i will be stronger.....~~~



New Year 2011 Present!

Sempena tahun baru 2011 ni, kami di sini berbesar hati untuk membagi award kepada 1st commenter kami, idsyAleeya!!